Kita barangkali kurang bersetuju alasan geografi dan sosiobubaya kampung sebagai faktor kelemahan prestasi. Sekolah-sekolah pesisir yang seumpama SK Merang seperti SK Pasir Puteh Merchang, SK Pulau Kerengga, SK Kelulut dan beberapa lagi telah mencipta sejarah gemilang masing-masing dalam pencapaian khususnya UPSR.
" Kita berharap tuan-puan berilah kerjasama dan sokongan padu kepada Guru Besar baru dan GPK yang ada. Insyaallah kita akan kekalkan Guru Besar biar nampak hasilnya...." demikian antara intipati ucapan En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah dalam pertemuan dengan Pengurusan dan Guru-Guru SK Merang tengahari tadi. Tegas beliau lagi guru-guru patut bersyukur ditempatkan di sekolah berkenaan yang serba lengkap, selesa dan sempurna. Beliau memohon agar para guru sentiasa membuat inovasi bagi mempertingkat pengajaran-pembelajaran dan prestasi murid-murid.
SK Merang sememangnya berpotensi untuk mencipta keterbilangan kerana mempunyai sumber tenaga yang masih muda, fasilitis yang mencukupi serta kumpulan pengurusan yang cakna dan beriltizam tinggi. Jika segala kekuatan itu berupaya disepadukan pasti sesuatu yang hebat mampu dilahirkan.
Kita di jabatan akan menanti detik kelahiran yang hebat itu. Semoga warga SK Merang tidak melepaskan peluang keemasan ini.
insyaAllah, Sk Merang akn mghasilkan sesuatu yg gemilang suatu hari nanti...
ReplyDelete