Wednesday, August 15, 2012

Taklimat Pengesahan Murid Tahun 1,2013 secara online daerah Besut dan Setiu

Ketua Unit Rendah bersama-sama GPK Hem daerah Besut
 
SETIU - Hari ini adalah siri terakhir Taklimat Pengesahan Tahun 1,2013 secara online bagi negeri Terengganu. Pada sebelah pagi krew kami telah mengadakan taklimat di Besut dan pada sebelah petang di Setiu pula. Daerah Besut taklimat dan bengkel menghadapi sedikit masalah kerana majoriti GPK Hem tidak membawa laptop. Ini menyukarkan untuk perbengkelan dan tindakan "hands on" sedangkan perkara berkenaan perlu diselesaikan segera. Kita berharap PPD berkaitan dapat mengatasinya.

Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong dalam ucaptama dan taklimat awal di kedua-dua lokasi berkenaan perlunya GPK Hem dan Pengurusan Sekolah umumnya menguasai ASKC bagi mempertingkatkan keyakinan dan kecekapan pengurusan di sekolah. Tegasnya sewajarnya GPK atau Pengurusan Sekolah memiliki atitiud atau sikap profesional seperti menepati masa, berfikiran positif serta sentiasa urgensi.. Selain itu mereka mesti memiliki "skill" atau kemahiran pengurusan, kemahiran komunikasi,kemahiran membuat keputusan, menyelesai masalah dan sebagainya. Mereka juga mesti mempunyai ilmu atau "knowlage dalam melaksanakan tugas-tugas seperti tahu pekeliling, peraturan dan dasar-dasar kementerian serta kerajaan.

 Ketua Unit Rendah bersama-sama GPK Hem daerahSetiu

Penguasaan mantap dalam ASK ini menjadikan mereka pemimpin yang "creative" dan juga kritis, tambah beliau. Beliau berkata kerana gagal menguasai inilah ramai guru-guru mempersoalkan kewibawaan mereka kepada jabatan melalui email, sms dan ruang forum dan bual bicara. Melalui siri taklimat yang dijalankan ramai watak-watak GPK Hem yang tidak berwibawa dan beliau mencadangkan mana-mana yang sudah tidak mampu melaksanakan tugas boleh memohon kepada pengarah untuk letak jawatan.

Berulangkali dalam siri taklimat kali ini beliau berpesan agar jangan kerana kita seorang berada di sekolah tersebut kita menyusahkan ramai orang. Beliau berharap agar kita bekerja dengan ikhlas dan setimpal dengan upah yang diterima. Jika kita ikhlas Allah akan membalas kita dengan kebaikan dalam pelbagai bentuk dan rupa yang kadang-kadang kita tidak sedaripun, tegas beliau.


No comments:

Post a Comment