Semasa
berada di bulan Ramadhan kita benar-benar dalam suasana penuh ketaatan dan
ibadah..Kita memperbanyakkan ibadah sunat, kita merasai kelazatan beribadah dan
kita banyak membaca al-Quran, bahkan saya tidak pernah ketinggalan menunaikan
solat berjamaah dan sentiasa menjaga mata dari melihat perkara yang diharamkan
Allah..tetapi selepas Ramadhan segala kelazatan beribadah seperti yang
diperolehi di bulan Ramadhan hilang. Kita juga tidak menitik beratkan ibadah.
Kita kerap tertinggal Solat Subuh berjamaah..ibadah sunat dan bacaan al-Quran
kita turut berkurangan. Adakah masalah kita ini ada jalan penyelesaian atau
penawarnya?
Menurut
Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jabarin yang merupakan seorang
ulamak Saudi.
Saudara,
saya cadangkan sepuluh langkah untuk mengekalkan kita sentiasa dalam amal soleh
selepas Ramadhan:
1. Langkah pertama dan yang paling utama ialah memohon pertolongan Allah supaya kita sentiasa dalam hidayah dan keteguhan. Allah telah memuji doa orang yang bersungguh-sungguh diberikan hidayah. Firman Allah:
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ
هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“Mereka berdoa:
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan
setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah rahmat kepada
kami dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi” (Ali-Imran: 8).
2.
Kerap duduk dalam majlis orang soleh dan menitik beratkan majlis zikir umum
seperti ceramah atau kuliah agama dan majlis zikir khas seperti menziarahi
orang soleh.
3.
Mengenali sejarah hidup para solihin melalui pembacaan buku atau mendengar
kaset atau cd, khususnya sejarah para sahabat kerana semua ini membangkitkan
jiwa yang penuh azam dan tinggi cita-cita.
4.
Seringkali mendengar kaset atau cd Islam yang memberi kesan seperti khutbah,
ceramah, tazkirah, kuliah dan menonton rakaman aktiviti Islam dari satu masa ke
satu masa.
5.
Menitik beratkan perkara fardu seperti solat lima waktu dan mengqada’ puasa
Ramadhan yang tertinggal kerana perkara fardu mempunyai kebaikan yang besar.
6.Menitikberatkan
ibadah sunat sekalipun sedikit kerana menurut sabda Nabi SAW:
"Amalan yang paling disukai Allah ialah yang
konsisten biarpun sedikit". (Baihaqi)
7.
Mulakan menghafaz ayat-ayat al-Quran dan berterusan membacanya. Sentiasa
membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat fardu dan sunat.
8.
Memperbanyakkan berzikir kepada Allah dan beristighfar kerana ia adalah amalan
yang mudah dan manfaatnya sangat besar iaitu menambahkan iman dan menguatkan
hati.
9.
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang merosakkan hati seperti sahabat
yang buruk, menonton television, banyak bercakap, mendengar lagu, menyanyi dan
sukakan hiburan, menatap majalah yang lucah.
10.
Cadangan terakhir saya kepada saudara yang dikasihi ialah segera bertaubat
dengan taubat nasuha supaya tidak kembali semual ke lembah kehinaan dengan izin
Allah kerana Allah sangat suka hamba yang bertaubat.
Saudara, janganlah
anda termasuk ke dalam golongan yang hanya mengenali Allah di bulan Ramadhan!
Para Salaf as-soleh pernah berpesan:
“Seburuk-buruk kaum ialah yang hanya mengenali
Allah pada bulan Ramadhan sahaja”.
Berdoalah semoga saudara bertemu Ramadhan yang lain
dan saudara dalam keadaan sihat wal afiat serta masih teguh di atas agama Allah
insya Allah. Wallahu A’lam
No comments:
Post a Comment