Thursday, August 16, 2012

Pemimpin Sekolah Hebat : Kombinasi antara bakat, kemahiran dan pengetahuan

Ada seorang guru besar yang sedang menghadapi krisis kepimpinan dalam organisasi sekolahnya membisikkan kepada saya , "saya guna sikit jer cara awak tapi guru-guru dah teruk memberontak kalau guna sepenuhnya tak tahulah macam mana". Begitulah lebih kurang yang beliau bisikkan. Saya hanya tersenyum. Dalam hati berkata, "you tak pandai mengurus manusia kerana you tidak kenal siapa mereka".

Setiap kali dalam ceramah pengurusan saya berkongsi pengalaman selama 12 tahun mengurus sekolah dan mencipta rekod cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk membina reputasi para guru yang cemerlang dan hebat. Guru yang pernah berada di bawah asuhan saya ada yang menjadi pegawai di PPD, JPN dan BTPN. Mereka yang pernah berada di bawah saya sangat kenal saya dan saya kenal mereka. Mereka kenal saya seorang tegas tapi bertimbangrasa, kenal saya seorang yang provokatif tapi bukan memperlekehkan mereka. Kenal saya seorang yang teliti tapi bukan hari-hari mencari kesalahan guru-guru saya.

Mereka kenal isteri dan anak-anak saya kerana banyak acara tahunan dan aktiviti sekolah saya membawa anak isteri bersama termasuk tidur bersama-sama warga sekolah dalam aktiviti perkhemahan. Mereka kenal saya yang sentiasa menghargai bakat dan sumbangan mereka. Mereka kenal saya yang tidak kedekut wang-ringgit, nasihat, perhatian dan kebajikan mereka. Mereka tahu saya amat telus dalam pengurusan personel dan kewangan. Sebab satu sahaja - saya tidak akan mampu buat apa-apa tanpa guru-guru saya. Mereka adalah harta saya. Mereka adalah sahabat saya. Mereka adalah saudara-mara saya. Merekalah sumber kekuatan membangun dan membina keterbilangan sekolah.

Begitulah juga saya kenal setiap guru saya. Watak, sifat, kebolehan dan keupayaan mereka. Saya tahu mereka menipu saya atau tidak. Saya kenal suami atau isteri dan anak-anak mereka. Saya tahu di mana mereka tinggal agar jika mereka lewat hadir mereka tidak mampu memberi alasan atas sebab tempat tinggal.
Saya tahu mana yang boleh bergurau agak "daring" dan mana yang tidak boleh. Saya tahu yang mana boleh diharap untuk pegang duit atau tidak. Saya akan membuat keputusan setelah menguji mereka melalui pelbagai makanisma Yang saya tidak tahu dan mereka tidak tahu antara kami ialah bila kami akan mati.

Saya guna pelbagai cara pengurusan termasuk secara memo. Semua pengurus sekolah takut guna memo takut guru benci. Masalah bukan guru benci memo tapi apa yang ditulis dalam memo. Saya guna memo untuk beri kredit dan juga teguran. Salinan memo adalah aviden untuk penilaian prestasi. Saya juga memberi teguran prestasi kerja secara personel termasuk GPK . Dan mereka tidak marah atau berasa hatipun kerana cara menegur berhemah dan bijaksana. Mereka adalah aset saya dan amanah saya. Saya akan menganggap saya gagal jika memnberitahu PPD atau JPN suruh tukar guru saya yang bermasalah.

Sepuluh tahun lebih saya belajar ilmu mengenal manusia dan kaedah membangunnya melalui Biro Tatanegara. Provokatif dengan maki-hamun berbeza. Provokatif  membangkit minda bawah sedar tentang potensi dan keupayaan sebenar agar mereka tercabar untuk membuktikan kebolehan  mereka. Sementara maki-hamun, mengutuk dan memperlekehkan adalah situasi mengaibkan dan menjatuhkan air muka. Implikasinya timbul perasaan tidak puashati, permusuhan dan konflik dalam organisasi. Provokatif merupakan satu teknik terpimpin dengan tujuan sut sedia ada. Maki-hamun  adalah menifestasi luahan perasaan dan emosi marah yang hilang kawalan dan pertimbangan. Provokatif ini kami namakan kaedah "bedah dan jahit". Provok kita membedah emosi dan spritual ... dan jangan tinggalkan pembedahan tanpa jahitan. "Jahitan" di sini bermaksud kita menyedarkan mereka kekuatan,kehebatan yang mereka ada dan mereka buat serta meyakinkan mereka dengan seikhlas dan sejujurnya bahawa mereka mampu melaksananya dengan lebih baik lagi. Semua teknik ini perlu dipelajari agar tidak menjadi "backfire" dan membakar organisasi. Mudahnya, menjadi pengurus hebat mesti ada ilmu.

Mengurus manusia bukan seperti mengurus benda mati. Manusia makluk hidup yang ada akal dan emosi. Mereka ada kehendak dan keperluan. Kehendak yang paling besar mereka mahu dilayan seperti manusia walaupun mereka tukang kebun atau tukang sapu. Mereka perlukan penghargaan dan penghormatan untuk menerima layanan sebagai insan. Inilah antara kegagalan besar pengurus sekolah. Gagal memahami pekerja mereka sebagai manusia istimewa yang berpotensi hebat yang boleh diguna untuk sama-sama membangun organisasi.

Banyak dan luas kalau untuk dikongsi dan diperkatakan mengenai bagaimana menjadi pengurus sekolah yang hebat. Asasnya sebelum meneruskan agenda besar fahami ahli-ahli organisasi kita. Kekuatan dan kelemahan mereka. Cungkil dan timbulkan pendedahan diri sebenar mereka agar mudah pengurus mengatur strategi untuk menguasai dan mempengaruhi orang yang kita pimpin bersama-sama menjayakan visi dan misi kita. Jangan tiru stail orang lain bulat-bulat tanpa memahami kaedahnya dan penyesuaian iklim serta budaya organisasi yang kita ada kerana kesilapan kecil , boleh menyebabkan kita akan bersendirian dan kehilangan pejuang-pejuang yang hebat.


25 comments:

  1. Tiada teori bermakna GB ini hanya mengurus secara meraba sahaja

    ReplyDelete
  2. Tiada teori bermakna GB ini hanya mengurus secara meraba sahaja

    ReplyDelete
  3. Macam aku kenal jer GB tu! SEBENAR NYER...dia yg bermasalah...!

    ReplyDelete
  4. GB pun kena lantik daripada mereka berkelayakkan bukan main tangkap muat saja.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana penulisan rencana ni..cukup meberi manfaat kepada org 2yg bakal menjd pemimpin di sekolah...kesimpulannya,kalu jd pemimpin,jdlah pemimpin yg terkenal dan dingati krn sikap yg terpuji,jgn jd pemimpin yg terkenal dengn sikap keji...kdg2 dengn jawatan itulh kita terlalai seketika sehingga kita lupa mengmalkan dasr2 hub mesra..jgn terlalu taksub ingin mnjd pemimpin,sehinggakan mengabaikan apa yg sepatutnya perlu diamalkan...sebagai seorg guru bawahan,kita tidak kisah apa yg sedang dan cuba dibuat oleh pihak atsan..selagi itu tgjwb dan kerja buat kita sbg seorg guru,kita tidak akan pertikai...suruhlah apa kerja yg berkaitn,mungkin tidak akan dipertikai...tp dlm sepuluh org cg,mungkin ada jugk yg kategori mmberontok..pemimpin yg pandai ambil hati org bawahan,tak mustahil akn dibalas dengn hasil kerja yg tidak baik...msti ada take and give..kalu dah pemimpin sendiri yg menghilngkn mod org2 bawahan,mmcm mane nak menghasilkan budaya kerja yg berkualiti...bahagian pentdbiran sentiasa nak yg terbaik dr cg2,tp berilh kerjsama yg baik juga br seri...ini,nak yg terbaik,tp apa hak buat semua tak kena..pendapat anak buah tak blh nak dpertimbgkn langsung....bygkan,kalu 30 org guru hak putus angin ngdp pemimpin mcm ni,maka mcm mana kualiti sekolh dpt dipertingktkn...pihak berwajib perlu juga memantau pemimpin2 sebegini...hak untk mendpt keseronokan di tempat kerja perlu juga di ambil kira...pihak JPN mengarapkan sekolah buat yg terbaik,tp dalamn sekolah kena ambil tahu juga....mcm mana nak kerja dengn seronok,kalu pemimpin sendiri tunding jari salah cg2...sorang demi sorang dikorek,digali cr kelemahan guru2..semua manusia tak perfect..satu kelemahan ditunding pada org,3 kelemahan ada pada kita...bermodalkn songkok di kepala dan air liur untuk berkata2,mencerita ttg kelemahan cg2,menaikkan kehebatn diri sendiri,bukn budaya pemimpin hebat...bagaimana nak jd "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN"...bg saya pemimpin hebat adalah seperti penulis rencana di atas..Tahniah kerana pernah menjd pemimpin yg disegani...akhir kata,sebagai guru yg kecik2 saje,kita berkerjalah dengn iklhs,dimanapun kita ditemptkn,laksanakn tugas kita dengn penuh tjwb..dalam hutn terpencil ke,ditengh lautn ke,lakukn dengn iklas..."prinsip saya..andai kita iklas dan andai kita mempermudahkan kerja org,nscy Allh akan mmpermudahkan kerja kita..."andai kita ikls,rzki akn diberi jua dr arah mana sekalipun....wlunpun 14 tahun kerja,satu anugerah pun tak penah dapat,pelik kan,..setkt ni rekod bersih lg..sy ttp turun pdg,setiap tahun bhitam kulit latih budak,tdo di sk time2 khmah...kelas tambahan lagi..sy sentiasa diperlekehkn olh kwn2 krn kerja yg tidak diberi anugerh..tp,sy tak kisah semua tu..mungkin ada lg kekurangn sy...alhmdullilah rzki dr allh ttp ada ...itulah pentingnya hati yg iklas...bukn nak memuji ttg keikhlasn hati,tp penglmn yg dilalui sendiri....brkogsi pengalaman...yg penting seronok jd cg kalu kita pandai mengeksploitasi...

    ReplyDelete
  6. Pertimbgkanlah sesuatu dgn akal fikirn yg waras..gunakan kecerdikan kita untk menilai sesuatu,jgn biarkn kecerdikn yg kita ada, diperbodoh2kn oleh org lain...fikir2 dan renung2kan...

    ReplyDelete
  7. pernah berada d bawah pemerintahan pemimpin yg merasakan dirinya hebat..
    hakikatnye tak de hebat mane pun..yg hebat hanya mencari salah & melaga-lagakan orang bawahan..
    itukah cara memimpin?? itukah cara nak mendidik guru-guru baru yg baru setahun jagung bekerja?
    jauh lagi perjalanan kami ni..jalan matikan hasrat murni mendidik anak bangsa dengan cara-cara @ suasana kerja yg membunuh rasa suka pada pekerjaan kami..
    pihak2 yg bertanggungjawab cubalah untk dengar suara-suara org bawahan mcm kami ni..

    ReplyDelete
  8. nak bekeng ngn anak murid blh,nak denda anak murid blh,tp..bia kene caranya..terlajak perahu blh diundur,terlajak perbuatn,bukan rekaan orang....apapun niat kita nak mendenda,bialah betul temptnya...anak murid adalah insn yg tulus...apa yg diajar itulah yg diterima..apa yg ditengok,apa yg dia kene,apa yg dia rasa...itulah kebenaran...hakikatnya,warga penddik yg pernah belajr psikologi penddikn,pandai2lah menilai....

    ReplyDelete
  9. Cerita hebat tp pelaksaana d peringkat jabatan tak seperti yg d gambarkan.jd lebih kepada cakap2 kosong je lh

    ReplyDelete
  10. rencana yang baik, sendiri tulis, sendiri puji n sendiri angkat.. ok aje.. bagi saya setiap perkara perlu kembali kepada asasnya.kalu peel cantik, cantikla dimata orang, tp kalu peel buruk, maka buruk la di mata orang, kena terima tu...

    ReplyDelete
  11. Sekira ada cikgu biasa yg d syaki bermasalah jabatan cepat2 je tukar.tp kalau guru besar yg terang dah bermasalah masing2 nak tutup je kesalahan gb.nanti kalau org kata pegawai kartun marah pulak.tp inilh hakikatnya yg berlaku.kalau dah namanya org bawahan buat betul pun d katanya salah.nasiblah si mentimun mana boleh lawan si durian.tp harus d ingat kehidupan ini umpama roda yg sentiasa berputar.hari ini mangsa anak orang lain.mungkin satu hari nanti anak kita pulak yg akan jad mangsa...

    ReplyDelete
  12. Engkau ni sapa nk kondem aku..mu tahu aku siapa...aku guru besar..hahaaa....SPRM pun kecik lg dari aku guru besauuuu...

    ReplyDelete
  13. name jer GB bodo ger lembu...sex munafiq ckp x supe bikin..nk ckp ttg cikgu tye pekerja,nk ckp ttg pekerja tanye penoreh getah..org bende g2...

    ReplyDelete
  14. Klu kite dh jd GB @ PK tu jgn la lupe yg kite tu dl pernah berada dibawah.. klu pekerja @ staf @ guru tu bermalasah, hok jd GB tu kene la tnye n tegur bukan wt bijok g report ke pdd @ sape2.. jgn lupe bahawa org bawahan kite tu ader kuasa jgk tuk report GB tu gane2.. jg la kite jd bodo sombong bile duk diatas.. klu x kerana org bawahan kije sekung sembang GB x kan buleh GB cemelang ke nape ke.. klu org kate GB bodo kang maroh plok..dh la malas msuk kelas, sembang lok kuat pahtu wt report org bwah x wt kije..

    ReplyDelete
  15. Sepatut nye GB @ PK nie kene dinilai jgk oleh org bawahan supaya mereka tahu bawaha tiap tindakan @ kate mereka tu ade org tgk n ikut.. Jdi jgn kite nie berase bngga bile berada diatas.. kite tu hanye manusia bese jgk.. bile mati masing2 pakai kain putih lake.. klu ade masalah bncang same2 kite jgn libatkan org luar.. nie dok asal ade mslh gok.. guna kuasa GB @ PK report situ report sini kbor org bawah nie ade mslh.. Hebat sgt jatuh kan maruah org.. ingt klu org hok maruah ye jatuh tu x maaf kite wane gamok.. jd bace arkitel tu GB2 @ PK2.. dan fhm la...

    ReplyDelete
  16. at the end of the story,gb juga hak selamat....wt gane2 pun,gb gok betul....kepuk mane pun,cubit mane pun,takpeeee,AKU BOSSS!ade aku kisahhh....ce cikgu biase wt gtu,hr ni dapat laporan,esok kene tukar selalu...ke guane...kalu nak bertindak,bia adil dan saksama..mu gb ke,mu guru biase,bia same tindakan...tak tahulah kot denda hak gb lbh berat dr guru biasa,tu yg nak ambil tindakan ambil masa yg lama..ke,kalu gb tu saing ,jd dak wape nak caye....sian ke saing...kene putar belit ckp,terima belake....sudahnya,cg yg jahat kenat ke gb...

    ReplyDelete
  17. sedap awok-awok ni duk komen..xtakot kene cubit ke?kene cubit-cubitan,senggol-senggolan sutir sorang br tau..

    ReplyDelete
  18. senario d sebenar d sekolah orang luar tak tahu..
    cikgu2 & kakitangan sokongan seperti tak ada hak langsung nak bersuara..bila bersuarakan kata mcm tu mcm ni..
    kepada sapa bole d luahkan pendapat & cadangan?
    kalu bagi cadangan pun kena bantai bulat2..sbb AKU BOSS..ikut aku la nk setuju ke dok (bnyknye dok setuju la) sbb kena ikut pale BOSS la...
    salah ke kalau guru2 @ kakitangan buat aduan pasal GB @ PK??
    d mana hak & keadilan kepada org bawah??
    org atas ngadu cepat je buat tindakan...kalu org bawah ngadu,siap d persalahkan pulak..dunia oh dunia...

    ReplyDelete
  19. Alaaaa.....ape benda yg HEBAT sangat ngen GB mcm ni...! x perlu tabik punyer...Konon2 aku le GB...puih...Berlambak cg2 blh jd GB....Hebat ke bla dh org angkat jd GB....X lah hebat sangat kan kawan2! Elaun....emmmm RM100 je yg lebih...bkn BESOR pun...Gred plk KECHIK ( DG 32, DG34, DG38 ) ke!.....TETAP KECHIK daripada kita2 hok yg telah blh DG44 & DG48....sbb perr aku RIOK....sbb GB RIOK !

    ReplyDelete
  20. gb yang bagus tak akan mengaibkan muridnya, gurunya, stafnya dan sekolahnya depan kelayak.

    Gb yang bagus tak akan menceritakan keburukan guru kepada pekerja, keburukan pekerja kepada guru, keburukan sekolah kepada orang kampung.

    gb yang bagus tak akan mereka cerita keburukan seseorang semata-mata untuk melindingi keburukan diri sendiri.

    gb yang bagus tak akan menghasut pelajar untuk mencari kesalahan guru dan stafnya.

    ReplyDelete
  21. Gb yang bagus tak akan menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk menindas guru, staf dan anak muridnya untuk kepentingan peribadinya.

    gb yang bagus tak akan menjadikan sekolahnya seperti neraka hingga menyebabkan murid takut untuk hadir ke sekolah, guru hilang minat untuk mengajar, staf tertekan untuk bekerja.

    ReplyDelete
  22. Di dunia ini buat salah pun terlepas...kroni boleh bela..akhirat tahu la balasannya nanti...

    ReplyDelete
  23. Haaa.....haaaa....semua benda yg dia buat...dia ngaku HEBAT!..org lain x boleh / MAMPU BUAT macam dia BUAT...Tu GB SUMBATTTT...!!!! x nampak TUKOR PUNYERRR GB ni...TERANG2 murid2 yg. jadi saksi kata GB salah...tp
    ramai nyerrr org2 SEANGKATAN " WARNA " d PPD, JPN , EXCO...JKKK...( mujur JKR x masuk ) tolong bg SYAFAAT....terlepas le d DUNIA ni....PENJARA / HUKUMAN hanyer untuk ore mcm kita ni...cg2 MISKIN je

    ReplyDelete
  24. benda yang cikgu luahkan...semua nyer betul...berlaku seratus sebijik kat sekolah saya

    ReplyDelete
  25. Engkau ni sapa nk kondem aku..mu tahu aku siapa...aku guru besar..ayat ni baru pagi ni saya dengar

    ReplyDelete