Friday, December 31, 2010

Senarai Posting KPLI Dapat Masuk Terengganu

Tahniah,syabas dan bersyukurlah kepada 16  daripada 1415  orang lepasan  KPLI yang dapat posting ke negeri Terengganu Anjung Ilmu pada 3 Jan 2011 ini. Mereka sama ada dari luar Terengganu atau anak negeri yang dapat bertugas di negeri sebagai satu rahmat yang amat besar nilainya kerana:-
  • semua sekolah negeri Terengganu kecuali SK Pulau Redang,Kuala Terengganu dan SK Pulau Perhentiaan,Besut dapat dihubungi jalan darat bertar sampai ke pintu pagar sekolah
  • berpeluang masuk walaupun jumlah guru  hampir mencapai tahap tepu walaupun beberapa opsyen masih belum mencukupi
  • semua sekolah bukan sahaja cukup guru tetapi pasukan pengurusan diisi seratus peratus
  • kemudahan pembelajaran yang mencukupi
  • program pendidikan yang mendapat sokongan padu kerajaan Negeri Terengganu
Penempatan mereka diputuskan oleh Panel Penempatan Guru mengikut daerah dan sekolah berdasarkan kepada ;-
  • keperluan jumlah perjawatan mengikut daerah
  • keperluan opsyen mengikut sekolah
    Semalam sebelum pulang dari pejabat,saya berpeluang bertemu seorang guru dari Selangor yang memohon rayuan pertukaran ke Terengganu dan masih belum diluluskan. Guru perempuan ini berkata " Beruntunglah guru-guru lepasan KPLI dapat posting balik ke negeri sedangkan kami guru anak Terengganu dah berpuluh tahun mengajar di luar dan berbelas kali minta tukar tak dapat-dapat". Terasa nak menitik air mata saya kerana bukan guru ini sahaja yang masih berharap dapat pulang malah beribu lagi yang sedang menunggu,yang terpisah antara suami dan isteri,yang terpisah antara anak dengan ibu dan ayah.

    Oleh itu kita berharap anak negeri yang ditempatkan balik ke negeri asal usahlah sombong dan mencari kabel untuk mengubah sekolah penempatan mereka. Terimalah dengan hati yang terbuka. Mereka adalah anak Terengganu dari Besut sampai Kemaman yang amat memerlukan khidmat cikgu. Tahniah Cikgu..Terima kasih Cikgu. Kepada mereka yang tersenarai masuk taklimat penempatan dan penyerahan surat penempatan akan diadakan pada 3 Januari 2011,jam 8.30 pagi,di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,Jalan Bukit Kecil,Kuala Terengganu.

    Senarai yang berjaya masuk klik di sini

    3 comments:

    1. salam...tahniah kpd yg d tempatkan d trg...sememang rezeki mereka telah ditentukan olehNya...sekadar berkongsi pengalaman dgn cg dr selangor yg belum dpt bertukar....lbh kurang jugalah dgn masalah yg saya hadapi ini...saya seorang pendidik d negeri terengganu sejak 7 tahun yg lalu...pd tahun 2010...suami saya terpilih utk mengikuti KPLI Januari 2010 dan telah selesai kursus tersebut. Semalam kpm tlh msg menyatakan beliau telah d tempatkan d negeri pahang....di samping bersyukur kerana telah ada penempatan....rase sedih tetap ada kerana tidak ditempatkan senegeri dgn saya...w/pun mmg meminta utk ditempatkan d trg...saya ingatkan..senario yg sama akan berlaku pd beliau sepertimana saya dahulu....d tempatkan di tempat suami bekerja ( pd masa itu beliau bekerja sendiri d trg)...rupa-rupanya tidak...dengan 3 orang anak yg masih kecil...terpaksa saya lalui kesulitan ini seorang diri...berpisah sementara dgn beliau kerana komitmen kerja...dan besarlah harapan saya...sekiranya beliau meminta tukar ke terengganu....Semoga Allah akan permudahkan segala urusan...Amin

      ReplyDelete
    2. Semoga berkat ketabahan dan kesabaran cikgu Allah akan berikan kehidupan yang lebih baik pada cikgu sekeluarga

      ReplyDelete
    3. amin...mudah-mudahan.....terima kasih

      ReplyDelete