Thursday, December 16, 2010

Pertukaran GPK dan Guru Besar Kuatkuasa 16 Disember 2010

Sebagaimana yang saya janjikan bahawa mulai bulan ini dan seterusnya kita akan menyiarkan senarai nama Penyelia,Guru Besar dan Guru Penolong Kanan yang bertukar atau naik pangkat untuk makluman umum bagi memudahkan PPD,Majlis Guru Besar Daerah atau Negeri,rakan dan sahabat handai mengetahui kedudukan terakhir rakan-rakan kita. Proses ini akan berlaku sepanjang tahun sama ada kuatkuasa pergerakan pada 1 haribulan atau 16 haribulan.

Sementara pertukaran setara Guru Besar dan Guru Penolong Kanan yang sedia ada dilakukan berasaskan perkara berikut:-
  • atas kepentingan perkhidmatan (cadangan PPD/JPN)
  • atas permohonan dan ada kekosongan
  • redeployment atau penyusunan semula struktur pengurusan sekolah
Kita sangat berharap pertukaran-pertukaran kepimpinan sekolah ini tidak akan menimbulkan masalah kepada mereka yang digerakkan/bertukar dan kepada sekolah yang menerima mereka.Kita percaya sekolah yang hebat dan cemerlang adalah hasil kombinasi kesefahaman,kepercayaan,ketelusan dan kesepakatan semua warga sekolah.

4 comments:

  1. Tahniah kepada yang naik pangkat dan juga kepada yang bertukar setara. Harapan semoga tuan puan boleh meningkatkan lagi prestasi sekolah dimana tuan puan ditempatkan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada PPD Kuala Terengganu.
    Walaupun blog ini bukan tempat yang sesuai untuk mencurahkan pandangan ini,, tetapi saya yakin ramai guru-guru dan Guru Besar yang membaca blog rendah ini.. Tabik kepada Tuan Mat Lazim.. Blooger hebat.
    Apa yang nak saya katakan ialah tentang PPD Kuala Terengganu yang telah melaksanakan penempatan semula guru-guru yang yang telah berpuluh tahun mengajar disatu sekolah.. Tahniah sekali lagi kepada PPD Kuala Terengganu yang telah melaksanakan langkah bijak demi 'Melestarikan Pendidikan Terbilang. Langkah ini menyebabkan ada dikalangan guru-guru yang terlibat dengan penempatan semula ini rasa kecewa, sedih, marah dan berbagai lagi tomohan yang dilemparkan kepada PPD Kuala Terengganu. Wahai rakan saya yang terlibat sedarlah dan insaflah bahawa tuan puan ditukarkan masih lagi dalam Daerah Kuala Terengganu. Cikgu-cukgu kena ingat bahawa cikgu-cikgu boleh ditukarkan kemana-mana sahaja selagi cikgu sebagai penjawat awam. Dan yang penting insaflah bahawa ada lagi rakan-rakan kita yang bertugas di daerah Dungun, Kemaman, Setiu yang terpaksa berulang setiap minggu untuk bertemu suami atau isteri...cikgu-cikgu masih boleh bertemu dengan keluarga setiap hari... patut cikgu bersyukur.. tidak ditempatkan didaerah lain. Kalau banyak tempat kita bertugas makin banyak pengalaman kita.
    Tapi yang paling malam ada setengah Guru Besar yang menahan gurunya yang telah berpuluh tahun bertugas disekolah tersebut suapaya tidak ditukarkan. Kalaulah cikgu ini cermelang sekolah lain pun nak guna jugak cikgu yang cemerlang ini. Tapi nampaknya cikgu yang dipertahan sangat ni tak rajin macamana pun. Sekolah tu tak cemerlang macamana pun... makin merosot adalah lah. Kesian murid-murid yang terpaksa menerima pengajaran 'macamtula setiap hari' takdok perubahan langsung.
    Saya nok dengar sangat apa pendapat Guru Besar yang tahan sangat cikgu ni yang telah berpuluh tahun disekolah tu dan dah jadi tunggul puaka.
    Syabas!!!! kepada PPD Kuala Terengganu dan jangan bimbang pada tekanan pihak tertentu.

    Cikgu geram.. kerana isteri jauh.
    Tuan Mat Lazim tolong masukkan dalam blog supaya ramai boleh baca dan dengar komen.

    ReplyDelete
  3. Tahniah admin... kerana saya dapat maklumat tentang pertukaran Guru Besar dan Penolong Kanan.

    ReplyDelete
  4. Tanpa Nama Berkata
    Tahniah kepada yang berjaya naik pangkat...persoalan nya..ramai pentadbir dan pengurusan yang berada di sekolah rendah masih "cap ayam"sejak pembukaan sekolah hingga ke tahun 2011 masih tidak ada pertukaran setara terlibat pada pentadbir ini..lebih2 lagi PK1.saya berharap pihak unit rendah memmandang serius hal ini.sekolah yang mempunyai masalah diabaikan.mereka merasakan kedudukan mereka selesa.jika sekolah cemerlang takperlah juga.kebanyakan sekolah melepaskan tanggungjawab nya pada guru.pentadbir mengambil apa yang telah dibuat oleh guru.jangan memantau guru sahaja.tapi lebihkan pentadbir.jika pentadbir tidak buat kerja, maknanya tidak boleh salahkan guru.pentadbir mempunyai tugas yang berat.contohnya PK1.jika PK1 sering keluar sekolah, melibatkan diri dalam Kegiatan Kokurikulum, apa akan jadi pada sekolah.hancur.kebanyakan PK1 ini jenis ingin melepaskan tanggungjawabnya pada guru lain.guru yang bekerja.bila datang pegawai hendak memantau, ambil yang guru tersebut buat..copy jelah@fail guru tersebut.sekarang saya tidak bercakap pasal UPSR kerana adakalanya bukan jasa pentadbir pun.jasa seorang guru.tapi yang dapat nama pentadbir.urusan pentadbir memang luas..saya berharap pihak Unit Rendah memantau pentadbir yang sering keluar sekolah bukan atas dasar pentadbiran tapi atas dasar suka,melepaskan bebanan pada guru dan sering terlibat dengan Kegiatan Kokurikulum.pada asasnya bukan bidang yang sepatutnya.
    Harap maklum dan inisiatif dari pihak tuan amat dinantikan...seperti "Melestarikan Pendidikan Terbilang"

    ReplyDelete