Friday, December 10, 2010

Isu Standard Of Prosidure ( SOP ) Pertukaran Murid Warganegara

Setiap kali menjelang sesi persekolahan tahun baru,unit kami akan dikunjungi sebilangan ibubapa atau penjaga bagi urusan pertukaran antara daerah dan antara negeri. Bagaimanapun kes-kes pertukaran murid dalam daerah dan antara daerah dalam negeri diuruskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang menerima. Kami banyak mengurus kes-kes pertukaran murid warganegara antara negeri. Keutamaan kami biar semua murid yang patut sekolah mesti diberi peluang bersekolah terutama sekolah bantuan kerajaan. 

Walau bagaimanapun kami tidak boleh sewenangnya melanggar undang-undang dan peraturan pendidikan termaktub kerana semata-mata untuk membolehkan murid bersekolah. Kami banyak menerima permohonan pertukaran murid antara negeri yang tidak lengkap dan tidak cukup dokumen.Ada sekolah yang mengambil mudah dan tidak mematuhi kehendak borang pertukaran. Antaranya:
  • Tiada salinan kad pengelanan penjaga /ibubapa
  • Tiada salinan surat beranak anak
  • Tiada surat penceraian bagi kes penceraian
  •  Tiada surat mahkamah hak penjagaan anak bagi kes cerai atau kes anak angkat ....,..,,,Macam-macam ada.
\     Saya selaku bekas guru besar dan Penyelia Pengurusan Murid di Unit Menengah tahun 2005 – 2007 hairan mengapa masalah seumpama ini masih berlaku antara negeri dan seolah tiada penyelarasan. Kami di Terengganu boleh berbangga kerana semua GPK Hem telah diberi pendedahan dan kursus di samping prosidur diletak di menu sebelah kiri blog ini. Mana-mana sekolah rendah Terengganu yang melanggar prosidur ini sengaja mencari “penyakit”. Antara prosidur asas seperti berikut:

DOKUMEN URUSAN
PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBUBAPA / PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH
1. 1 Salinan Borang SRTATS (diisi ibubapa/penjaga)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

DOKUMEN URUSAN
PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)

DOKUMEN URUSAN
KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA/SAR/DARI LUAR NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1. 2 Salinan Borang Permohonan - JPNT/SPS-REN/09
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)

KEMASUKAN MURID TANPA SIJIL LAHIR

1. Perlu pengesahan kelahiran
2. Anak Wargenegara
3. Ada bukti kelahiran di Malaysia
4. Mengisi borang daftar lewat
5. Membuat permohonan daftar lewat di Jabatan Pendaftaran Negara
6. Membuat permohonan di JPN

Kita berharap semua negeri dengan bantuan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah tegas menguatkuasa peraturan dan prosidur ini supaya tidak menyusahkan ibubapa atau penjaga. Mana-mana sekolah yang tidak mematuhi Standrad Of Prosidure (SOP) Guru Besar atau GPK yang mengurus hal-ehwal pertukaran murid dikenakan tindakan tatatertib. Kita sudah muak dimaki hamun dan disumpah seranah oleh ibubapa atau penjaga dan kita sudah bosan menjadi saksi di mahkamah akibat kecuaian yang dilakukan oleh pihak sekolah.

Ini bukan masalah birokrasi tapi masalah peraturan,prosidur dan undang-undang yang bukan boleh kita berkompromi.Ini masalah berkaitan dengan keutamaan pelanggan dan kecekapan pengurusan yang boleh diselesai dalam masa lima minit tetapi banyak membuang masa,tenaga dan wang pelanggan kita akibat sikap sambil lewa kita.Kita berharap mulai sesi persekolahan depan prosidur pertukaran murid dipamer di pintu pejabat semua sekolah seluruh negara.

4 comments:

  1. Tetapi didalam Borang P.U.(A) 275 Jadual iii tidak disebut salinan surat beranak dan salinan IC ibubapa/penjaga cuma dituliskan salinan surat nikah, surat hak jaga anak (kes cerai) dan surat anak angkat (jika anak angkat) sahaja
    Kenapa perlu tambah salinan surat beranak dan salinan IC ibubapa/penjaga dan mengubah borang yg telah diwartakan?

    ReplyDelete
  2. smlm suami saya nak hantar borang pertukaran sekolah anak saya di ppd kuantan tp kakitangan di ppd kuantan tidak mahu menerima borang pertukaran tersebut atas alasan : borang yang telah dihantar masih banyak diberi maklumbalas. kakitangan terbabit menyuruh suami saya menghantar borang tersebut pada bulan disember depan. Patut laa ramai individu di luar sana yang mengkritik budaya kerja kaktangan awam (segelintir shj). :)

    ReplyDelete
  3. ikut apa yg telah diwartakan.mengapa suka menambah perkara yg tak sepatutnya

    ReplyDelete
  4. kadang kala mrk suka menambah nambah dokumen dgn niat klau urusan itu rumit pemohon ada give up dan kerja mrk berkurangan

    ReplyDelete