Wednesday, December 8, 2010

Pengarah Bersama Pengetua dan Guru Besar negeri Terengganu

"Pendidikan Terengganu adalah milik warga pelajaran.Marilah kita bersama-sama memperkasakan kualiti komitmen kerja pendidikan dan persekolahan bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan menerusi agenda 'Melestarikan Pendidikan Terbilang' serentak merealisasikan "Terengganu Negeri Anjung Ilmu' yang berkonsepkan '1Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan",demikianlah  pendahuluan ucap utama Yang Berbahagia,En.Razali bin Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sewaktu Majlis Pengarah Bersama Pengetua dan Guru Besar Negeri Terengganu di Terenggganu Equestrian Resort,Terengganu pagi tadi.

Beliau yang mengambil masa hampir dua jam menyampaikan ucap visi dan misi  pendidikan Terengganu pada masa depan melalui slogan baru "Melestarikan Pendidikan Terbilang".Selain semua Pengetua dan Guru Besar,turut hadir ialah semua Ketua Sektor,Pegawai Pelajaran Daerah,Wakil IPGM Kampus Dato' Razali dan IPGM Kampus Sultan Mizan serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.



Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapan juga menyentuh strategi bagi melaksanakan slogan "Melestarikan Pendidikan Terbilang" ialah
  • Kepimpinan Efektif
  • Memperkasakan Kualiti Komitmen Guru dan Staf
  • Murid Holistik
Sementara itu beliau menghuraikan pendekatan secara terperinci yang akan dilaksanakan sebagaimana berikut ;
  • Pendekatan Bottom to Top (10% Top dan 90% Bottom)
  • Memperkasakan Permuafakatan Dalam Organisasi
  • Memperkasakan Program Dan Aktiviti Bersama Rakan Strategik
  • Memasyarakatkan Guru Dan Murid
  • Pendemokrasian Pendidikan
  • Memperkasakan kualiti Guru dan Staf
  • Penyelidikan Pendidikan
  • Penanda Aras
  • Destinasi Masjid
Selain dari itu bidang fokus pecutan 2011 ialah;
  • Peperiksaan Awam
  • Kecemerlangan Akademik Pelbagai Tahap Murid
  • 100% Tamat silibus
  • Kecemerlangan Pendidikan Khas
  • Iklim Kerja Pendidikan dan Persekolahan
  • Pengurusan dan Kepimpinan
  • Model Guru Sekolah Terengganu
  • Model Murid Sekolah Terengganu
  • Model Asrama Sekolah Terengganu
  • Model Rumah Guru Terengganu
  • Kebajikan Warga Pelajaran
  • 1Murid 1Sukan
  • 1Pegawai 1Sekolah
  • Sekolah 100% 3M
  • Sekolah Bebas Isu
  • Mengembalikan kegemilngan sekolah
  • Pembangunan Kerohanian - Solat dan Al-Quran
  • Pembudayaan Imu,Kemahiran dan Penyelidikan Pendidikan
Pengarah Pelajaran  Negeri juga berharap budaya membaca Al-Quran yang dilaksanakan di jabatan dan di ppd sekarang dapat dilaksanakan di semua sekolah mulai sesi persekolahan depan. Beliau juga berharap semua majlis sama ada di peringkat jabatan,ppd dan sekolah dapat menjadikan bacaan Al-Quran sebagai tradisi permulaan sesuatu majlis sepertimana majlis pada hari ini.

Selepas ucapan utama pengarah dan minum pagi diadakan Sesi Intraksi dengan Pengetua dan Guru Besar.Majlis kemudian diakhir dengan Pelancaran Modul “Let’s Groove with Science”  terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Modul ini dibangunkan  oleh Cikgu  Tun Azlina Bt Lokman@Wan Lokman dari SK Pasir Tinggi dengan dibantu oleh Cikgu Reza Irina bt Mohd Ramli dari SK Betong. Ianya akan diedarkan pada awal tahun 2011 melalui CD untuk digunakan menerusi eBook.

Talking  Point Ucapan Pengarah klik di sini

No comments:

Post a Comment