Sunday, December 12, 2010

Mesyuarat Penempatan,Redeployment dan Agihan ABM Perjawatan 2011


Bermula 11 - 13 Disember 2010,Unit Pengurusan Sekolah Rendah mengadakan mesyuarat berkenaan di Cherating Bay Resort,Kuantan.
Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,En.Jelani Sulong menegaskan dalam ucapannya bahawa mesyuarat ini selain menyelesaikan “housekeeping” berkaitan penempatan dan redeployment yang  amat penting juga untuk menyelaraskan kedudukan perjawatan guru,kelas dan murid Tahun 2011 sebelum diselaraskan semula dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia(BPSM) di Kota Bharu pada 21-23 Disember 2011 nanti.Selepas itu baru BPSM akan mengeluarkan sijil perjawatan kepada semua sekolah. Hanya satu sijil dikeluarkan tidak sebagaimana tahun se belumnya di mana JPN dan BPSM keluarkan siji masing-masing yang tidak seragam dan mengelirukan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD seluruh negera bersama beberapa pegawai dari Unit Pengurusan Sekolah Rendah.
Penolong Pengarah Data dan ABM,Unit Pengurusan Sekolah Rendah,En.Mat Lin bin Mohd Nor telah menyampaikan taklimat Kelulusan Perjawatan Sekolah Rendah Tahun 2011 sebelum dibengkelkan bersama pegawai dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah setiap PPD.
Kelulusan ABM Perjawatan Tahun 2011 oleh Agensi Pusat bagi Sekolah Rendah Terengganu secara keseluruhan berlaku sedikit pertambahan daripada 11,016 perjawatan guru Tahun 2010 kepada 11,093 perjawatan guru bagi Tahun 2011. Pertambahan sedikit ini adalah peluasan PraSekolah di bawah NKRA sebanyak 16 orang guru , pendidikan khas sebanyak 84 guru dan  guru Pendidikan Islam Gred DG41 seramai 10 orang.Sementara kelas bagi tahun 2011 berlaku kekurangan dan  5 perjawatan guru bimbingan berkurangan akibat penyusutan murid.
Asas perkiraan murid satu kelas kekal dengan 40 orang murid untuk satu kelas.Secara umumnya perjawatan Tahun 2011 hampir sama dengan perjawatan 2010.
Bagi tujuan memberi kefahaman kepada semua pengurus sekolah dan guru-guru kami perturunkan pengiraan guru berdasarkan gred sekolah.
Sekolah Gred A – Perjawatan di Luar Norm
·         Guru Besar
·         GPK Pentadbiran (PK1)
·         GPK Hem (PK2
·         GPK Kokurikulum (PK3)
·         GPK Petang (PPT)
·         GPK Pendidikan Khas(PKKhas)
·         Guru Pemulihan (GPM)
·         Guru Media (GMA)
·         Guru Bimbingaan (GBS) – Murid > 350 orang
·         Guru Penyelaras Bestari (GIT) Yang ada Pusat Akses – Tapi tidak ditambah untuk 2011
·         Guru j-Qaf (GJQ) – masih sama seperti 2010
·         Guru Bahasa Cina (PCSK)

·         Guru Bahasa Tamil (PTSK)
·         Guru Tambahan Pendidikan Islam (GPI)
·         Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPK)
·         Guru Pra Sekolah(GPS) – 1kelas 1guru
Sekolah Gred A – Perjawatan di Dalam Norm
·         Guru Akademik Biasa (GAB)
·         Guru Agama (GAG)
·         Guru Data
Pengiraan Jumlah Guru :
Bil. Kelas Tahun 1 - 5 X 1.5n
Bil. Kelas Tahun 6 X 1.7n
(pertambahan hanya diberi pada 3 hingga 7 kelas – 1 orang guru dan 8 kelas ke atas 2 orang guru)
Sekolah Gred B – Perjawatan di Luar Norm
·         Guru Besar
·         GPK Pentadbiran (PK1)
·         GPK Hem (PK2
·         GPK Petang (PPT)
·         GPK Pendidikan Khas(PKKhas)
·         Guru Pemulihan (GPM)
·         Guru Media (GMA)
·         Guru Bimbingaan (GBS) – Murid > 350 orang
·         Guru Penyelaras Bestari (GIT) Yang ada Pusat Akses – Tapi tidak ditambah untuk 2011
·         Guru j-Qaf (GJQ) – masih sama seperti 2010
·         Guru Bahasa Cina (PCSK)
·         Guru Bahasa Tamil (PTSK)
·         Guru Tambahan Pendidikan Islam (GPI)
·         Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPK)
·         Guru Pra Sekolah(GPS) – 1kelas 1guru
Sekolah Gred B – Perjawatan di Dalam Norm
·         GPK Kokurikulum (PK3)
·         Guru Akademik Biasa (GAB)
·         Guru Agama (GAG)
·         Guru Data
Pengiraan Jumlah Guru :
Bil. Kelas Tahun 1 - 5 X 1.5n
Bil. Kelas Tahun 6 X 1.7n
(pertambahan hanya diberi pada 3 hingga 7 kelas – 1 orang guru dan 8 kelas ke atas 2 orang guru)
Sekolah SKM A – Perjawatan di Luar Norm
·         Guru Besar
·         GPK Pentadbiran (PK1)
·         GPK Hem (PK2
·         GPK Petang (PPT)
·         Guru Pemulihan (GPM)
·         Guru Penyelaras Bestari (GIT) Yang ada Pusat Akses – Tapi tidak ditambah untuk 2011
·         Guru j-Qaf (GJQ) – masih sama seperti 2010
·         Guru Pra Sekolah(GPS) – 1kelas 1guru
Sekolah SKM A – Perjawatan di Dalam Norm
·         GPK Kokurikulum (PK3)
·         Guru Akademik Biasa (GAB)
·         Guru Agama (GAG)
·         Guru Data
Pengiraan Jumlah Guru :
Bil. Kelas Tahun 1 - 5 X 1.5n
Bil. Kelas Tahun 6 X 1.7n
(pertambahan hanya diberi pada 3 hingga 7 kelas – 1 orang guru dan 8 kelas ke atas 2 orang guru)
Sekolah SKM B – Perjawatan di Luar Norm
·         Guru Besar
·         Guru Pemulihan (GPM)
·         Guru j-Qaf (GJQ) – masih sama seperti 2010
·         Guru Pra Sekolah(GPS) – 1kelas 1guru
Sekolah SKM B – Perjawatan di Dalam Norm
·         GPK Pentadbiran (PK1)
·         GPK Hem (PK2
·         GPK Kokurikulum (PK3)
·         Guru Akademik Biasa (GAB)
·         Guru Agama (GAG)
·         Guru Data

Panduan Pengiraan Perjawatan dapatkan dalam folder "Perjawatan" di sini

No comments:

Post a Comment