Wednesday, December 8, 2010

Majlis Meraikan Persaraan TKPPM (Operasi)

Tengah hari tadi berlangsung Majlis Meraikan Persaraan Yang Berbahagia,Dato' Hajah Nor Rezan bt. Bapoo Hashim,Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Sektor Operasi Pendidikan) di Terengganu Equestrian Resort.Majlis sederhana tetapi bermakna itu dihadiri semua pengetua,guru besar dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah.

Majlis dimulakan dengan pergerakan masuk ke dewan,ucapan Pengarah Pelajaran Negeri,ucapan TKPPM,pelancaran Sistem Mesra (sistem laporan kehadiran guru,kakitangan dan murid-murid secara online) dan penyampaian cenderamata oleh Majlis Guru Besar,Majlis Pegetua,Bahagian Teknologi Pendidikan,Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah dan Pengarah Pelajaran Negeri. 

Pengarah Pelajaran Negeri, En.Razali bin Daud dalam ucapan aluannya menyifatkan Dato' Hajah Nor Rezan seorang yang amat dedikasi dan terlalu mencintai dunia pendidikan serta banyak menyumbangkan jasa kepada dunia pendidikan negara. Beliau berharap TKPPM akan terus memberi sumbangan kepada pendidikan.

Yang Berbahagia,Dato' Hajah Nor Rezan Bapoo Hashim dalam ucapannya merakamkan penghargaan terima kasih kepada warga Jabatan Pendidikan Negeri dan Terengganu adalah negeri pertama dalam siri lawatan sebelum persaraan pertengahan Januari nanti. Beliau juga memaklumkan pelbagai perubahan akan  berlaku dalam dunia pendidikan pada masa hadapan dan berharap semua pengurusan sekolah dan kaum guru sentiasa bersedia dan terbuka menerima perubahan.


Sesungguhnya walaupun usia persaraannya kian hampir tetapi semangat,kesungguhan dan kecintaan Dato' Hajah Nor Rezan Bapoo Hashim terhadap dunia pendidikan amat membara dan seakan tidak nampak bahawa beliau akan bersara. Sepanjang satu jam berucap banyak yang disentuh beliau termasuk saranan beliau agar semua negeri mempunyai sumber rujuk ilmu kepimpinan pendidikan melalui perkongsian ilmu yang dimiliki para guru.Kepakaran dan ilmu dari pelbagai bidang yang diperolehi hingga peringkat tertinggi wajar diperturunkan kepada rakan-rakan,tegas beliau.

Akhirnya mewakili warga pendidikan Terengganu kita rakamkan setinggi penghargaan dan selamat bersara kepada Yang Berbahagia,Dato' Hajah Nor Rezan bt. Bapoo Hashim,Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


Siulan kelicap di dahan angsana,
Patukan belatuk di perdu cemara,
Terasa sekejap dapat bersama,
Kinikan Dato’ dah nak bersara.

Patukan belatuk di perdu cemara,
Memecah hening di Subuh sunyi,
Biarpun Dato' dah nak bersara,
Kepimpinan Dato' penuh legasi.

Keli di lubuk tegar berenang,
Takkala banjir mudek ke hilir,
Budi Dato’ tetap dikenang,
Tinggalkan kami azimat terakhir.

No comments:

Post a Comment