Friday, December 10, 2010

Tabung ihsan Nurul dilancar

MOHD. PUAD (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada 
Nurul Dahyatul Fazlinda di Kuala Terengganu semalam. Turut kelihatan ibunya, Che Ku Huzaimah (kanan). 

KUALA TERENGGANU - Penderitaan yang dialami mangsa simbahan asid, Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, terus mendapat pembelaan.

Semalam Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) tampil dengan inisiatif menubuhkan Tabung Ihsan Kembali Ke Sekolah untuk kanak-kanak itu.

Tabung tersebut diwujudkan bertujuan meringankan beban keluarga Nurul Dahyatul Fazlinda kerana pelajar itu akan memulakan sesi persekolahan baru dan meneruskan rawatan muka pada Januari depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kejadian yang menimpa Nurul merupakan satu isu besar yang memerlukan penglibatan semua pihak dalam usaha memastikan kanak-kanak malang itu tidak tercicir daripada mendapat pendidikan.

"Secara peribadi saya cukup tersentuh apabila mendengar berita yang menimpa Nurul kerana dia telah menjadi mangsa kepada krisis hubungan ibu dan ayahnya sendiri," katanya selepas merasmikan majlis pelancaran tabung tersebut di sini semalam.
Sumber : Kosmo Online

No comments:

Post a Comment