Namun kita yakin bos-bos kita telah diberi kursus dan latihan bagaimana untuk menilai anak buah dengan adil dan saksama berasaskan kreteria dan prinsip yang telah ditetapkan. Namun kadang-kadang ada pegawai yang dinilai sering merasa diri sendiri hebat dengan perkara-perkara yang di luar skop penilaian terasa "terzalim" jika apa yang mereka harapkan tidak dipenuhi.
Kita percaya jika proses penilaian ini berlaku secara telus dan berterusan pasti masing-masing akan merasa puas hati dan kestabilan serta keharmonian organisasi terpelihara. Outcome daripada proses kerja organisasi akan terhasil dengan cemerlang. Apa yang belum cukup untuk itu ialah " keberanian". Sejauh mana "keberanian" ketua memberi teguran ,dorongan dan bimbingan terhadap anak buah yang rendah prestasinya.Dan sejauh mana "keberanian" anak buah mengemukan aviden untuk memprotes markah prestasi yang diberi. Akhirnya sejauh mana "keberanian" pegawai penilai dan pegawai yang dinilai bersemuka mendepani isu dan permasalahan secara "hikmah dan profesional" agar hasil penilaian benar sah dan boleh dipercayai seperti skala di bawah.
Cemerlang 90 – 100 %
- Memiliki kualiti kepimpinan yang cemerlang dalam memastikan fungsi dan objektif organisasi tercapai.
- Penghasilan kerja yang cemerlang dan sentiasa melebihi standard yang ditetapkan.
- Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang tinggi dalam bidang tugas dan diakui serta sentiasa menjadi pakar rujuk.
- Memiliki kualiti peribadi yang cemerlang dan dijadikan contoh ikutan.
Baik 80 – 89.99 %
- Berupaya mentadbir/ menyelia dengan baik dalam memastikan fungsi dan objektif organisasi dipenuhi.
- Penghasilan kerja yang baik dan sentiasa menepati standard maksima yang ditetapkan.
- Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang tinggi dalam bidang tugas dan menjadi sumber rujukan.
- Memiliki kualiti peribadi yang baik.
Sederhana 60 – 79.99 %
- Berupaya mentadbir/ menyelia organisasi dengan sederhana.
- Penghasilan kerja yang sederhana dan menepati standard yang ditetapkan.
- Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang sederhana dalam bidang tugas dan boleh memberi nasihat dalam bidangbidang kerja tertentu.
- Memiliki kualiti peribadi yang sederhana.
Kurang Memuaskan 50 – 59.99 %
- Penghasilan kerja yang kurang memuaskan dan sering kali tidak mencapai standard minima yang ditetapkan.
- Mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang kurang memuaskan untuk melaksanakan tugas.
- Memiliki kualiti peribadi dan tahap disiplin yang kurang memuaskan.
Lemah 49.99% ke bawah
- Penghasilan kerja yang lemah dan tidak mencapai standard yang ditetapkan.
- Kurang berpengetahuan dan kurang mahir dalam melaksanakan tugas.
- Memiliki kualiti peribadi dan tahap disiplin di bawah tahap yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment