Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menerima cadangan pertukaran dan penempatan baru bagi Guru Besar dan GPK daripada Panel Pertukaran dan Penempatan PPD seluruh negeri . Sehubungan itu panel Pertukaran dan Penempatan JPN Negeri telah menyokong dan meluluskan pertukaran dan penempatan Guru Besar dan GPK berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 berasaskan justifikasi kepentingan perkhidmatan,mohon bertukar dan kedudukan ranking dalam senarai naik pangkat seperti berikut:
GURU BESAR
GURU PENOLONG KANAN
Bagi Guru Besar dan GPK yang ditanda/dicatat
"Tukar Setara", mereka boleh mendapatkan surat pertukaran di PPD dengan menghubungi Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD masing-masing selepas
27 Disember 2010.
Sementara bagi Guru Besar dan GPK yang ditanda/dicatat
"Tawaran Baru" diminta hadir ke satu majlis taklimat dan penyerahan surat tawaran berkenaan
pada 28 Disember 2010,jam 2.30 ptg di Bilik Mesyuarat Alamanda,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Perhatian admin:
ReplyDeleteBila plk ada pertukaran lagi bagi kategori pengurusan ini. Permohonan pertukaran yang dikaitkan dengan masalah kesihatan pun masih tidak dipertimbangkan lagi ke?
Pertukaran pengurusan akan dilaksanakan mengikut kekosongan pada 1 dan 16 haribulan. Alasan kesihatan,jauh,mohon tukar hanya terpakai jika ada kosong. Tunggu giliran.TQ
ReplyDeleteAdmin...
ReplyDeleteDidapati ada di kalangan pentadbir sekolah yang tidak memohon tukar tetapi ditukarkan. Tetapi yang memohon tukar tidak ada perubahan. Apa komen admin.
Kan dah ditulis atas beberapa justifikasi termasuk keperluan dan kepentingan perkhidmatan.Ada yang mohon tukar tapi bila ditanya pemohon sekolah yang dicadangkan mereka tak nak lagi,tak mahu ditukar atas jawatan lain walau gred yang sama dll. So kalau begitu tunggulah hingga "sekolah dan jawatan" yang dikehendaki ada kosong.
ReplyDeleteTAHNIAH kepada yang dnaikkan pangkat serta yang telah dilantik.... Cuma berharap untuk kenaikan pangkat intai2lah kat nama cikgu2 kat Sekolah Kurang Murid [SKM] jugak.... Sbab guru2 kat SKM kebanyakannya seumpama berkursus pengurusan berbanding guru2 kat sekolah gred A & B.... Kesian guru2 tu.... Saya nampak dan pandang tp hanya mengidam kerana tak layak....
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan tuan.Bagi urusan naik pangkat DGA29 ke DGA32 dan DGA32 ke DGA34 semua urusan dibuat oleh Unit Naik Pangkat JPN dan KPM.Kami Unit Rendah hanya tempatkan mereka yang ada dalam senarai. Bagaimana markah dinilai lihat ruang Download 1 sebelah kanan blog ini dan dapatkan maklumat.
ReplyDeleteSaya dapati dalam senarai pemangkuan DGA34 tahun 2010 dan 2011 terdapat beberapa guru besar dan GPK SKM ada dalam senarai tawaran dan ada yang dah ditawarkan.Tahniah.
Bagi pengisian DGA32(KUP) TB ke GPK diuruskan diperingkat panel JPN.Sapa-sapa yang layak mohon selepas diiklankan. Sila baca posting entri sebelum ini untuk mendapat maklumat mengenainya.
Blog ini akan sentiasa menyiarkan isu terkini so jangan lupa jenguk selalu agar tidak terlepas peluang untuk mendapatkan maklumat.TQ
askum saudara2 keguruanku... apa komen tuan2 tentang cikgu2 tua DG41 di SR? sian mereka2 ini: penat2 belajar berhabis duit cuma dpt 1 kenaikan lepas tu dilupakan begitu sja. sedap balik ckg2 yg tngu kat sekolah dgn DG 29.. lepas dpt GPK jadi plok GB! harap dpt komen yg membina..
ReplyDeleteAssalamualaikum buat warga guru, terutamanya untuk Tanpa Nama (jika ada nama...alangkah baiknya);
ReplyDeleteTahniah diucapkan kpd. guru2'lama' yang berijazah, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat selama ini...tentang kenaikan pangkat tu..cuba2lah cari maklumat tentang Laluan Kerjaya dgn. JPN/PPD...baca baik-baik...ada penyelesaiannya.
Sekian.
salam
ReplyDeleteapa kretiria yg dinilai bagi guru-guru yg dipanggil temuduga kenaikan pangkat daerah dungun..jangan hanya mereka yg dikenali di PPD aje berpeluang.Sedangkan baru setahun jagung dlm perkhidmatan perguruan.Sepatutnya senoriti dlm perkhidmatan diambikira serta pengalaman guru yg pernah memegang jawatan PK lantikan sekolah didahulukan sbb mrk berpengalaman..harap mendapat penjelasan...
Guru yang dipanggil temuduga:
ReplyDelete1. Jumlah yg dipanggil berdasarkan perjawatan berkenaan kosong di daerah dan diambil sekali ganda.Contoh kalau jangkaan kosong 6 jawatan kita temuduga 12 orang atau lebih
2. Berdasarkan prestasi 45% + 35% sumbangan dan kemahiran. Mereka yang ranking tinggi dipanggil. Walau macam-macam ada tapi borang tak lengkap,tak ada bukti tak guna juga
3. Mereka yang ditemuduga hanya ditawar jika markah prestasi+sumbangan kemahiran+markah temuduga. Tawaran berdasar urusan rangking sapa duduk yang tertinggi
4. Tidak semua calon ditemuduga akan ditawarkan GPK kecuali semua calon markah tinggi menolak tawaran yang dibuat.
5. Yang tidak terpilih tahun ini minta lagi tahun depan selagi 80% kuato pengisian dari DGA32(KUP) Time Base masih diamalkan KPM
Tahniah pada yg berjaya menjawat jawatan GPK...saya bersetuju dgn pandangan mira adira...beri peluang pada guru yg berpengalaman mengajar...ada guru 25 tahun dlm perkhidmatan...isi borang ttp tidak disenaraikan...alasan tiada kemahiran...
ReplyDeleteBuat pengetahuan admin...dia org ni masa muda2 dulu lebih berkemahiran dan hebat dalam segala hal...ttp disebabkan menunggu kekananan maka tertinggal kerana dipihak tuan melihat org muda di depan mata aje yg berkemahiran...markah prestasi..100% dinilai oleh GB...mana2 yg kata "yes man" akan mendapat markah yg tinggi...begitulah sebaliknya...
Saya tidak pernah mengatakan mereka senior tidak bagus tetapi berdasarkan pengalaman urusan permohonan naik pangkat Guru Besar DGA38,guru cemerlang dan sebagainya banyak kalangan pemohon mengambil mudah. Isi borang ala kadar,tiada dokumen sokongan,sijil-sijil sebagai aviden untuk panel buat penilaian. Faktor-faktor ini menyebabkan panel tidak dapat menilai aspek berkaitan dengan tepat apa lagi kalau ruangan kosong.
ReplyDeleteOleh itu saya mohon kepada guru-guru yang memohon apa sahaja jawatan atau naik pangkat lengkapkan sebaik mungkin,kemukakan bukti kebolehan kita kalau diluar dari apa yang dinyata dalam borang kerana ianya memberi bonus buat kita.Insyaalah Allah maha tahu apa yang lebih baik buat kita.TQ
salam admin
ReplyDeleteSaya sangkal 100% kenyataan yg menyatakan guru mengambil jalan mudah mengisi borang permohonan utk sesuatu jawatan....saya antara org yg tersingkir...setelah beberapa kali mengisi borang dengan segala surat sokongan dan bukti tapi saya masih dikesampingkan.
Buktinya:
1. Salinan Surat lantikan sebagai GPK lantikan sekolah.
2. Salinan Surat memangku jawatan GB.
3. Salinan surat pegawai sukan di peringkat daerah dan jemputan NGO...
4. Pelbagai kursus di luar bidang tugas serta fassi daerah.
Cadangan:
- pemilihan harus bersandarkan terlibat dlm pengurusan.
-kemukakan pemasalahan ini dlm mesy pengurusan di peringakt JPN.
- Panjangkan rungutan ini di bahagian sumber.
Terima kasih.
En.Nawi terima kasih atas respone tuan. Saya tidak pasti bila tuan kata "beberapa" kali sama ada untuk pengisian jawatan DGA32(KUP) Time Base ke DGA32 hakiki atau permohonan GPK sebelum tahun ini atau permohonan DGA34 guru besar. Ini adalah kerana permohonan pengisian DGA32(KUP)TB ke DGA32 hakiki yang (45% prestasi + 35% kemahiran dan sumbangan + 20% temuduga) baru mula diperkenalkan tahun ini sahaja. Jika permohonan DGA32 ke DGA34 sila ke ruangan download 1 lihat format penilaian dari DGA32 ke DGA34 yang disediakan oleh BPSM untuk panduan.Tk
ReplyDelete