Saturday, December 11, 2010

10 sekolah jadi Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir

PUTRAJAYA 10 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 10 sekolah terdiri daripada sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan lemah serta merentasi pelbagai latar belakang sosio-ekonomi sebagai Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir.

Beliau berkata Yayasan Amir, sebuah yayasan bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), telah memilih 10 sekolah masing-masing lima di Johor dan Sarawak sebagai projek perintis bagi program itu.

Lima sekolah di Johor ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda (2), SK Kampung Layau, Kota Tinggi, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Felda) Semenchu, Kota Tinggi dan SMK Gelang Patah, manakala lima sekolah di Sarawak ialah Sekolah Menengah Sains Kuching, SK Kg Empila, Samarahan, SK Combine, SK Tabuan dan SMK Bandar Kuching (2).

"Projek ini adalah di peringkat awal, dan bagi mempermudahkan urusan untuk memantau sekolah yang ada dalam satu negeri, jika di seluruh negara mungkin soal pemantauan dan untuk menentukan standard, kualiti pengajaran dan pengurusan itu akan lebih sukar.

"Jadi, sebab itu, di peringkat awal ini, dipilih dua buah negeri dulu (Johor dan Sarawak),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir, di sini hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment