Tuesday, June 8, 2010

Terengganu Kehilangan Pemimpin Sukan Dedikasi...

Lebih kurang jam 1.30 tengah hari tadi,En.Mohamed bin Abd. Hamid,56 ,Ketua Unit Sukan,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Agung MSS Terengganu telah kembali ke rahmatullah.Allahyarham dikatakan sesak nafas semasa bermesyuarat dengan pegawai-pegawainya di Pejabat MSS Terengganu,Lorong Ciku,Chabang Tiga,Kuala Terengganu telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah tetapi dikatakan meninggal dalam perjalanan.

Lebih kurang jam 3.00 petang jenazahnya telah di bawa ke Unit Forensik,HSNZ untuk urusan prosidur biasa.Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,Timbalan Pegarah Pelajaran,Ketua-Ketua Sektor,pegawai JPN,PPD para guru dan athlit berkumpul di Unit Forensik,HSNZ. Suasana sungguh pilu menyelubungi perkarangan unit berkenaan. Pengarah Pelajaran Negeri yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak tahun 1976 semasa mereka mula-mula bertugas di SMK Cukai,Kemaman tidak dapat membendung perasaan terkejut dan sedihnya atas pemergiaan Allahyarham secara tiba-tiba

Sesungguhnya pemergiaan Allahyarham suatu kehilangan besar kepada kemajuan dan pembangunan sukan MSS Terengganu dan negeri Terengganu amnya.Beliau seorang pemimpin sukan yang sangat dedikasi dan mengorbankan seluruh masa, tenaga dan hidupnya untuk kemajuan pendidikan dan sukan MSS Terengganu.Jasa dan sumbangannya amat besar.Di bawah kepimpinannya Terengganu telah menjadi juara MSSM Malaysia Tahun 2009.Banyak kejuaraan yang pelajar Terengganu capai sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di bawah kepimpinan Allahyarham.Sifatnya yang penyayang,pemurah dan cakna kepada kebajikan athlet sukan menyebabkan Allahyarham disayangi oleh murid-muridnya dan rakan-rakan seperjuangan. Ramai pelajar sukannya yang berjaya ke sekolah sukan Bukit Jalil & Bandar Penawar seterusnya melanjutkan  pelajaran ke peringkat universiti dan memiliki kerjaya.Kewujudan dan kejayaan Sekolah Sukan Terengganu (SMK Bukit Nenas) juga sebahagian mercu tanda jasa dan sumbangan  Allahyarham.Dan tidak siapapun boleh menafikan kejayaan SUKMA Terengganu dulu juga banyak disumbangkan oleh athlet MSS Terengganu di bawah bimbingan Allahyarham.

Sesungguhnya Pendidikan Terengganu kehilangan pemimpin sukan yang sukar dicari ganti.Seluruh guru dan pelajar Terengganu merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham.Sewaktu catatan ringkas ini ditulis,jenazah Allahyarham sedang dalam perjalanan ke kampung halaman berhampiran  SMK Jalan Joned,Muar,Johor untuk disemadikan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu sahabat.Semoga jasa dan baktimu menjadi jariah serta amal soleh berkekalan. Amin.Alfatihah.


3 comments:

  1. Saya bagi pihak warga SK Kg Baharu Felda Neram 1, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya akan ditempatkan ke dalam roh para solihin. amin

    ReplyDelete
  2. KAMI WARGA SK BUKIT TEMPURONG,MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM,SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI DLM SEGALA URUSAN,AL-FATIHAH...........SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALAGAN PARA ANBIA DAN PARA SOLIHIN..AMIN

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah..... Mudahnya beliau menghadap ilahi. Moga roh arwah di tempatkan di tempat yang sebaik-baiknya.Doa rakan-rakan moga dikabulkan. Insyaallah... JAAFAR PKKTRG.

    ReplyDelete