yang menduduki Ujian IQ UKM1 Permatapintar layak untuk menduduki Ujian IQ UKM2.Ujian UKM2 akan bermula pada 1 Julai 2010 hingga 15 Ogos 2010.
Mesyuarat Penyelarasan Ujian UKM2 yang berlansung di Bilik Mesyuarat,Sekolah Kluster SMK Sultan Sulaiman,Kuala Terengganu pada hari ini telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh En.Hanafiah bin Ali,Penolong Pengarah,Unit Permatapintar,Sektor Permatapintar,Bahagaian Pengurusan Sekolah Harian,KPM dengan wakil-wakil dari negeri Terengganu,Kelantan dan Pahang.
Menurutnya,Ujian UKM2 adalah untuk pelajar yang lulus dan mencapai tahap dikehendaki dalam Ujian UKM1.Beberapa maklumat penting pelaksanaan UKM2 adalah sebagaimana berikut:
- Ujian UKM2 akan dilaksanakan secara berpusat mengikut pusat cadangan negeri melalui online
- Ujian UKM2 berpusat ini akan dikawalselia oleh Pegawai dari UKM,Ketua Pengawas,Pengawas dan juruteknik
- Nama pusat ujian akan ditentukan dan nisbah pengawas ialah 20 orang calon untuk 1 pengawas
- Elaun Pengawasan ujian ini akan dibayar oleh UKM mengikut kadar pengurusan peperiksaan SPM
- Negeri diminta mencalon segera senarai pusat dan para petugas pengawasan kepada KPM
- Masa untuk ujian UKM2 antara 2 1/2 - 3 jam secara online di pusat ujian
- Senarai calon layak dikeluarkan oleh KPM dan urusan pemakluman ujian kepada calon akan diberitahu oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri
- Bagi pelajar Islam berumur lapan tahun layak menduduki UKM2,selepas selesai ujian UKM2 mereka akan diuji pula dengan Ujiam USIM1 (secara bertulis dan temuduga. Temuduga akan disertai sama oleh ibu/bapa/penjaga)
- Johor - 496 orang
- Kelantan - 453 orang
- Terengganu - 375 orang
- K.Lumpur - 274 orang
- Sabah - 242 orang
- Kedah - 239 orang
- Perak - 229 orang
- Serawak - 216 orang
- P.Pinang - 204 orang
- Selangor - 168 orang
- Pahang - 163 orang
- N9 - 133 orang
- Melaka - 128 orang
- Perlis - 103 orang
- Putrajaya - 27 orang
- Labuan - 8 orang
No comments:
Post a Comment