Dalam Seminar Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Pengelola Sekolah-Sekolah Malaysia Cawangan Terengganu di Kesedar Inn pada 26 hingga 28 Jun 2010 antara salah satu isu yang hangat dibincang dan diperkatakan ialah peluang naik pangkat bagi Pengelola Sekolah (PPLD).
Secara umumnya Laluan Naik Pangkat bagi Pengelola Sekolah yang ada sekarang adalah sebagaimana berikut:
- Pengelola Cemerlang DGA34 (KUP)
- Pengelola Cemerlang DGA38 (KUP)
- Guru Penolong Kanan DGA32
- Guru Besar DGA32
- Guru Besar DGA34
- Guru Besar Cemerlang DGA38 (KUP)
Laluan ini berdasarkan Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat GPK,Guru Besar dan Guru Besar Cemerlang seperti Pekeliling KPM
GPK atau Guru Besar DGA32
GPK atau Guru Besar DGA32
- Secara pemangkuan oleh calon Gred DGA29 ATAUPUN oleh calon Gred DGA32 Time Base untuk
- Calon PPLD Gred DGA29 yang berpengalaman dalam menjalankan tugas pentadbiran –Guru Data,Guru Disiplin,Guru Kanan ,SU Peperiksaan,Guru Penyelaras Bestari,Guru Perpustakaan /Media,Guru Darjah sahaja akan dipertimbangkan untuk GPK
- Pegawai JPN,PPD dan Bahagian KPM Gred DGA32 yang mempunyai pengalaman sebagai GPK atau Guru Besar juga boleh memohon untuk mengisi Jawatan Guru Besar Gred DGA32
- KEUTAMAAN diberikan kepada Guru Besar Gred DGA32 (Sekolah SKM) dan GPK Gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34
- Pengawai JPN,PPD dan Bahagian KPM Gred DGA32 yang berpengalaman sebagai GPK atau GB boleh memohon pemangkuan bagi mengisi jawatan GB Gred DGA34
- Pegawai JPN,PPD dan Bahagian KPM Gred DGA34 yang berpengalaman sebagai GPK atau GB boleh memohon untuk mengisi jawatan Guru Besar DGA34
- Pengisian Kuota GB Cemerlang Gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar Gred DGA34 yang berkaliber dan prestasi cemerlang
Isu yang dibangkitkan ialah antaranya:-
- Ramai kalangan mereka yang hakiki pada gred DGA32 sama ada sebagai Pengelola atau GPK serta telah lama berkhidmat atas gred berkenaan dan memohon naik pangkat ke gred DGA34 tidak ditawarkan pemangkuan gred DGA34 sedangkan Guru Biasa DGA32 (TB) ada yang ditawarkan
- Aspek penilaian 20 % dalam kreteria permarkahan terutama bahagian sumbangan dan anugerah seakan bertindeh dengan penilaian yang ada dalam borang penilaian prestasi
- Sewajarnya pencapaian prestasi 80% perlu diutamakan bukannya kreteria 20%
- Mohon KPM beri sedikit keistimewaan kepada mereka yang hakiki berbanding Time base
Itulah antara sebahagian luahan ataupun "salah faham calon" akibat tidak teliti atau tidak mendapat maklumat yang jelas.Walaupun sebahagian besarnya saya telah jelaskan namun untuk memuaskan hati supaya setiap pemohon tahu bagaimana penilaian markah permohonan dibuat serta sebagai persediaan untuk permohonan pemangkuan DGA29 ke DGA32 dan pemangkuan DGA32 ke DGA34 pada masa hadapan membuat persediaan dokumen serta bukti-bukti yang diperlukan sila klik web Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan rujuk Lampiran F Seeloknya web BPSM patut dibookmark oleh setiap guru kerana semua tawaran naik pangkat akan diiklankan di web ini.
Bacaan tambahan :
Isu Naik Pangkat Guru Sekolah Rendah
Bacaan tambahan :
Isu Naik Pangkat Guru Sekolah Rendah
Saya sesungguhnya lama dah terfikir mengapa BSM tidak mewujudkan kenaikan pangkat DG34KUP. Spt jg yg admin ada nyatakan, klu DG32KUP boleh diwujudkan, mengapa tidak DG34KUP. Terima kasih di atas artikel di atas.
ReplyDeleteNAIKKAN PANGKAT PENGELOLA KE DG 41 KUP. DAH LAMA PENGELOLA DARI NAMA PPSK (DULU TAHUN 70 AN)HINGGA SEKARANG TAKAT LULUSAN MAKTAB SAJA.
ReplyDelete2. GURU BESAR DAH DG 41, GPK DAH DG 41, GURU SEKOLAH RENDAH DAH DG 41, PENGELOLA MASIH TAKOK LAMA. MEGAH DAN KETINGGALAN DENGAN NAMA AJE.
3. MOHONLAH KPM AMBIL PERHATIAN.