Tuesday, June 1, 2010

Tahniah TERENGGANU,Pendahulu Ujian IQ UKM1

Muktamad ,bahawa Terengganu telah menjadi pendahulu Ujian IQ UKM1 PERMATApintar Siri Kedua 2010. Seramai 43,879 pelajar dari Tahun 2 hingga Tingkatan 3 telah mengambil ujian berkenaan menjadikan Terengganu  negeri paling ramai murid yang menduduki ujian itu.Perak menjadi negeri kedua teramai murid yang mengambil ujian diikuti Johor dan Kelantan.

Setinggi tahniah dan penghargaan kepada semua Pasukan PERMATApintar,PPD,Pengetua-Pengetua,Guru-Guru Besar,Guru-guru,Penyelaras ICT Sekolah,Pegawai-Pegawai Komputer Sekolah,para ibubapa dan semua pelajar Terengganu yang terlibat menjayakan ujian ini.Tanpa komitment,iltizam dan daya usaha yang tinggi kita tidak akan mencapai tahap ini.

Kita tahu banyak halangan  dan kesukaran yang dihadapi oleh pihak sekolah terutama berkaitan talian internet walau bagaimanapun dengan usaha kreatif halangan itu ditukar menjadi peluang.
TAHNIAH  TERENGGANU !

4 comments:

  1. SYABAS DAN TAHNIAH KPD SEMUA PELAJAR,GURU,PENGETUA, GURU BESAR, PEN.KANAN , PPD,JPNT KERANA KEJAYAAN INI....TAK LUPA TUAN ADMIN KITA YG SENTIASA BEKERJAKUAT MEMBERI SEMANGAT DAN MENYIARKAN BERITA TERKINI DI BLOG INI. TK.

    ReplyDelete
  2. Kami di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah hanya membantu semoga semua pihak tahu dan cakna terhadap program ini sama ada di Terengganu dan seluruh negara.Terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil ujian ini.

    ReplyDelete