Timbalan Pengarah juga menegaskan terutama kepada pengelola yang masih muda supaya sentiasa sabar dan berfikiran positif lebih-lebih lagi dalam memburu kenaikan pangkat dalam kerjaya. Beliau juga menegaskan walau setinggi mana pangkat jangan sekali-kali sombong atau mendabik dada. Pengelola perlu sentiasa mempertingkatkan ilmu.
Tegas beliau tujuan utama mengapa Pengelola Sekolah perlu diberi pendedahan dan kursus adalah untuk :-
- meningkatkan kualiti pendidikan
- mempertingkatkan kecekapan pengurusan
- memperkasakan kepimpinan pendidikan
- integriti
- mempunyai matlamat dan strategi
- smart emosional relationship -emosional intelegance
- teamwork -kerjasama
- staf moral
- pengurusan stress - sentiasa bersikap positif
- pendidikan adalah untuk masa depan,dan usaha-usaha itu dilaksanakan pada masa sekarang kini
- pendidikan menegaskan tentang schooling (proses develop education) bukan school
- mempastikan kelestarian dalam pendidikan atau pencapaian yang sentiasa meningkat dan konsisten
- seorang guru yang hebat ialah yang boleh transform,begitu juga Pengelola Sekolah mesti mampu transform
- kerjaya guru adalah "fulltime dan all time"
- peranan guru ialah sebagai "teachers of humanity" dan "teachers of subject"
- pendekatan guru harus "integrated approch (IQ,EQ,SQ,FQ)" dan "touch approch"
- semasa penyelia pengelola juga harus melihat aspek penghargaan dan empati kepada murid
- guru mesti tahu membuat nilai tambah
- guru perlu menukar mind set jika ingin berjaya
- mengajar lebih dari kebiasaan
- Kualti Pendidikan adalah ditentukan oleh kualiti guru
- Kualiti guru faktor paling signifikan dalam mempengaruhi pencapaian pelajar (Darling)
- Kualti guru mempengaruhi kualiti pemelajaran pelajar (Amir Hassan)
Melahirkan individu yang mempunyai kekuatan lestari dan holistik bagi mengharungi globalisasi di masa hadapan
Ciri-Ciri Guru Berkualiti
- Tahu apa yang diajar
- Berkemahiran dalam semua aspek pendidikan
- Berupaya menentukan objektif pengajaran yang sesuai
- Jelas penyampaian dan isi pelajaran (pedagogi atau pendragogi)
- Melaksanakan pengukuran dan penilaian hasil pembelajaran
- Kemahiran berintraksi dan melibatkan pelajar dalam proses pengajaran-pembelajaran
- Menyediakan pengajaran yang sesuai
- Berkemahiran dalam aspek pengurusan bilik darjah
- Berupaya menggunakan kaedah pengajaran pelbagai
- Mempunyai ketrampilan dan imej diri baik
- Penyakit dhamir - hati yang busuk,dengki
- Penyakit kognitif - pemikiran yang negatif
- Penyakit efektif -berkaitan emosional
- Penyakit psikomotor - fizikal
- Belajar untuk mengetahui (learning to know)
- Belajar untuk melakukan (learning to do)
- Belajar untuk hidup bermasyarakat (learning to live togother)
- Belajar untuk mencapai matlamat (learning to be)
- pembinaan teamwork
- penterjemahan visi dan misi sekolah dan kpm
- tahap komitmen guru dan warga
- isu disiplin dan gelaja sosial
- hubungan dengan komuniti
- hubungan guru dan pelajar
- pemahaman terhadap dasar-dasar kerajaan
- kelestarian pencapaian
- prasarana sekolah
Sementara itu semalam Penasihat Persatuan Pengelola Sekolah Terengganu,YM Tengku Anuar Tengku Dalam merangkap Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mengajak semua pengelola merenung balik tugas dan peranan manusia sebagai khalifah yang akan dipersoalkan tentang apa yang kita kerjakan semasa kita hidup.Beliau membawa senerio asal kemenjadian kita dan persetiaan kita dengan Allah sejak zaman kita berada di alam ruh lagi. Justru tugas kita di dunia ialah melaksanakan perjanjian kita yang kita buat dengan Allah SWT. Keupayaan kita menunaikan amanah itulah akan menentukan nasib takdir untuk menerima pembalasan dan kehidupan kekal abadi kemudiannya. Beliau menyeru semua pengelola supaya manafaatkan sebaik dan semaksima mungkin peluang yang ada untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.
Muat turun Bahan Kursus Pengelola
1. Laluan Kerjaya Pengelola
2. Bahan 1 KSSJQ
3. Bahan 2 KSSJQ
4. Bahan 3 KSSJQ
5. Bahan 4 KSSJQ
6. Bahan TP PPSSM
7. Bahan 1 KSSPS
8. Bahan 2 KSSPS
9. Bahan 3 KSSPS
No comments:
Post a Comment