Sunday, June 13, 2010

Membudayakan Introspeksi

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Terengganu pada bulan ini(Jun) sarat dengan masej ilmu untuk dikongsi dengan semua lapisan peringkat pengurusan pendidikan sama ada di jabatan,ppd,btpn dan sekolah.

Sektor Jaminan Kualiti yang mengurusetia perhimpunan kali ini telah mengutarakan tema 'Membudayakan Introspeksi". Introspeksi secara mudahnya bermaksud muhasabah ataupun disebut juga sebagai refleksi atau juga selalu disebut oleh Timbalan Pengarah Pelajaran sebagai "kualiti check point".Sesuai dengan kedudukan pertengahan tahun,kajian separuh tahun wajar dilaksanakan untuk melihat kejayaan serta langkah penambahbaikan.

'No metter how busy you're in a day you should fine at least 10 minutes of your time in solitude to make self evaluation and forward plning" (Zig Zigler)

Sebenarnya menjadikan Introspeksi sebagai budaya dalam kehiduapan dan organisasi dapat memperkukuh dan memantapkan lagi stabaliti dan produktiviti justru melalui proses introspeksi mana yang lemah diperbaiki serta ditambahbaik lagi.


"Orang yang cemerlang itu,apa yang dikerjakan hari ini mesti lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini" ( Maksud Hadis)


Sehasrat dengan tema berkenaan Pengarah Pelajaran Negeri berharap semua warga JPN Terengganu perlu berusaha keras menjadikan JPN Terengganu sebagai insitusi yang memahami kehendak rakyat dan pegawai yang terbabit dalam melaksanakan kehendak rakyat perlu mempunyai kemahiran dan integriti yang tinggi. Beliau menggariskan prinsip bagaimana sesuatu insitusi menjadi hebat dan terbilang;-

  • organisasi itu didokongi oleh ahli berilmu dan mempraktik ilmunya
  • pemimpin organisasi itu sangat amanah dan berintegriti tinggi
  • ahli organisasi melaksanakan tugas dengan penuh kejujuran
  • ahli organisasi mempunyai kepakaran iktisas
  • sentiasa berdoa untuk kesejahteraan organisasi dan ahli-ahlinya

JPN,PPD dan BTPN adalah pemangkin kepada keterbilangan pendidikan. Sebagai agen yang mempercepat dan mengktifkan proses kecemerlangan dan keterbilangan ini sewajarnya semua pegawai mengamalkan
perkara berikut dalam kerjabuat mereka;

  • membudayakan introspeksi
  • menghayati matlamat 
    • Visi - JPN Pemangkin Modal Insan Terbilang
    • Misi - Mempertingkatkan Komitmen,Merealisasikan Pendidikan Terengganu Bertaraf Dunia
    • Matlamat - Melahirkan Individu Mempunyai Kekuatan Lestari Melalui Pengurusan Pendidikan Berkualiti
  • integriti dan suri teladan
  • persekitaran kondusif
  • sense of urgency

No comments:

Post a Comment