Wednesday, June 9, 2010

Majlis Tahlil di surau JPN Terengganu

Selepas solat Zohor sebentar tadi telah diadakan Majlis Tahlil untuk Allahyarham En.Mohamed bin Abd.Hamid,Ketua Unit Sukan,JPN Terengganu yang kembali ke rahmatulllah semalam dan untuk Allahyarhamah Puan Wan Sarimah,Ketua Pembantu Tadbir,Unit Akaun JPN Terengganu yang telah meninggal di rumahnya di Felda Pancing,Kuantan,Pahang dua hari lepas.

Majlis Tahlil telah diketuai oleh Tuan Haji Mustafa bin Abd. Rahman,Timbalan Ketua Sektor,Sektor Pendidikan Islam,JPN Terengganu. Para pegawai dan kakitangan lelaki dan perempuan yang berada di pejabat telah menyertai Majlis Tahlil berkenaan.Rakan-rakan masih terasa akan kehilangan dua orang sahabat ini dan berdoa semoga roh mereka berdua dirahmati serta diberkati Ilahi.

Sesungguhnya daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita dikembalikan..Amin

No comments:

Post a Comment