Menurut En.Wahab Mohamaed,Penyelia Kanan Pengurusan Murid ,mesyuarat teknikal ini penting bagi memperincikan lima belas (15) Kod Sebab Keciciran supaya lebih jelas dan objektif. Kod Sebab Keciciran Murid adalah sebagaimana berikut:-
- Kemiskinan
- Masalah keluarga / tiada sokongan ibubapa
- Tidak berminat ke sekolah
- Sukar ke sekolah
- Takut ke sekolah (Ancaman Keselamatan)
- Tiada dokumen (sijil lahir)
- Diberhentikan
- Cacat (tiada kemudahan pembelajaran terdekat)
- Bekerja
- Berkahwin
- Sakit kronik
- Meninggal dunia
- Berpindah sekolah ke sistem lain seperti MRSM,Sekolah Agama/Negeri/Swasta/Lain-lain
- Tidak dapat dikesan
- Lain-lain (Sila nyatakan :____________________________________________)
Sementara itu,En.Jelani Sulong dalam ucapannya memaklumkan berkaitan penghakikian perjawatan DGA32(KUP) TB ke gred DGA32 hakiki akan menjadi lebih cepat dan mudah kerana KPM akan menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri melalui prosidur tertentu yang akan ditetapkan melalui pekeliling yang akan diedarkan sedikit masa lagi.KPM juga akan mengkuotakan jawatan DGA32 hakiki akan diisi 20 % oleh calon pemangkuan DGA29 dan selebihnya diisi oleh calon daripada DGA32(KUP) TB yang memenuhi kreteria yang ditetapkan.
Mengenai pengurusan keciciran beliau berharap;-
- Proses kerja yang seragam mengikut Surat Pekeling Iktisas
- Memudahkan kerja semua pegawai di PPD dan JPN
- Memudahkan pelaporan keciciran dengan data yang tepat
- Membantu murid cicir dapat bersekolah semula selepas masalah diselesaikan
- Membantu sekolah mengatasi masalah keciciran
- Mendedahkan pegawai dengan kerja sebenar mengurus keciciran
No comments:
Post a Comment