Wednesday, November 21, 2012

Rumusan Temuduga iGPK32 Tahun 2012

Hari ini adalah siri terakhir "roadshow" kita menemuduga calon-calon daripada DGA32 (KUP) Time Base yang memohon untuk ke jawatan hakiki DGA32 sama ada sebagai GPK , Penyelia atau yang sewaktu dengannya. Siri temuduga ini adalah peringkat saringan ketiga dalam proses pemilihan sebelum ke peringkat keempat untuk diperakukan oleh Pengarah Pelajaran Negeri sebagai calon layak untuk pengisian jawatan hakiki Gred DGA32 tahun 2013.Proses temuduga ini telah bermula pada 11 November 2012 di PPD Hulu Terengganu dan berakhir hari ini di PPD Kemaman.

Format dan teknik temuduga telah diubahsuai sesuai dengan pelbagai tranformasi yang berlaku. Sebahagian digunakan format secara individu dan sebahagian besar menggunakan format berkumpulan atau kelompok. Walau bagaimanapun aspek ketrampilan personaliti, komunikasi, kemahiran dan pengetahuan serta pengalaman kerja khususnya dalam tugasan berkaitan pengurusan masih menjadi teras sebagaimana garis panduan yang diberikan oleh pihak KPM.

Secara umumnya semua calon yang telah melalui proses temuduga ini telah menunjukkan keupayaan dan kompetensi mereka dalam bidang yang dinilai. Mereka telah menunjukkan kematangan dan kesediaan untuk memikul amanah sebagai GPK. Walau sesetengahnya diprovok namun mereka mampu mengawal emosi dan menanganinya dengan kebijaksanaan. Rata-rata ahli panel melahirkan keyakinan dan berpuashati dengan potensi calon.

Walau bagaimanapun ada juga yang mungkin telah terikat dengan tradisi "simple" menterjemahkan melalui cara berpakaian yang kurang sesuai dengan  jawatan GPK yang dipohon. Begitu juga, ramai yang agak lemah dengan pelbagai pengetahuan terutama dasar, tranformasi dan isu-isu semasa pendidikan. Ada juga kurang yakin diri bila berkomunikasi dengan melihat ke atas siling atau menunjukkan tingkahlaku menggambarkan keresahan, kegugupan dan kurang ceria. Apalagi kadang-kadang panel mengemukakan soalan provokatif hingga nampak wajah mereka yang tertekan atau stress.

Sebenarnya secara tanpa sedar panel cuba sedaya upaya berusaha membina mod dan suasana yang sering berlaku di sekolah. Organisasi sekolah sebagai mana yang pernah dibincang sebelum ini terdiri bukan sahaja mereka yang positif dan proaktif tetapi juga yang mengalami pelbagai sindrom ignoramus,paralaysis,non-starter dan sebagainya yang memerlukan kebijaksanaan Guru Besar dan GPK menanganinya. GPK yang baru dan akan dilantik bukan sahaja sebagai pengisi kekosongan dan melaksanakan rutin tugas tetapi yang jabatan harapkan sebagai pemimpin tranformasi pendidikan di sekolah.Justru itu mereka mesti melengkapi diri dengan  TASK.

Seorang pimpinan pendidikan seperti GPK mesti ada "T" (target) . Mereka perlu ada halatuju, wawasan, sasaran yang hendak dicapai. Ini akan memberi inspirasi, dorongan dan semangat melakukan sesuatu bukan duduk menunggu arahan Guru Besar atau sekadar mengarah guru buat dan menfailkanya. Mereka mesti menjadi pengurus dan pemimpin yang berjiwa besar, kreatif dan inovatif. Selain dari itu mereka mesti memiliki "A" (attitut) yang baik. Mereka mesti memiliki sikap dan nilai yang jelas, konsisten dan boleh dicontohi serta mempengaruhi dengan aura sikap yang positif itu. Sikap yang positif melahirkan tanggapan positif yang mampu mempengaruhi pemikiran dan tingkahlaku untuk berbuat yang terbaik.

GPK yang ingin menjadi hebat perlu juga memiliki "S" (skil) atau kemahiran dalam pelbagai disiplin. Mereka perlu mahir berkomunikasi agar komunikasi yang berkesan mampu mengubah orang. Mereka perlu mahir membuat keputusan, mahir mengurus masa, mahir mengurus tekanan, mahir mengurus tugas dan bermacam kemahiran lagi. Kemahiran ini bukan sahaja menjimat masa, kos tetapi menampilkan aura kecekapan mengurus yang menjadi ikutan orang yang dipimpin. Skil yang ada akan menjadi lebih hebat lagi jika "K" (knowlage) yang mendalam dan meluas. Yakni tahu tentang tugasnya. Tahu tentang keperluan ahli organisasi. Tahu dan faham dasar dan perubahan dalam sistem pendidikan. Boleh menjadi pimpinan rujukan dalam berbagai hal dan perkara. Pastinya pemimpin yang berilmu akan sentiasa dihormati, hidup dan tersanjung dalam jiwa ahli organisasi.

Jika anda hebat sebagai GPK maka anda juga akan menjadi hebat bila menjadi Guru Besar nanti....


15 comments:

  1. AMBOI JEN DEMO..HEBAT SUNGGUH JADI PANEL PENEMUDUGA DIH.....

    ReplyDelete
  2. nak naik DG32 hakiki...mcm la nak dapat JUSA....nampok hebat sngat2...puih.....

    ReplyDelete
  3. Anonymous 12.15 - Naper, hebat sangat ke demo atau mmg jenis tak pakai gawai. Apa yang penting kami buat kerja betul dengan betul spt mana prosidur yang KPM tetapkan bukan bahang rambang..

    ReplyDelete
  4. Semoga lahir lebih ramai gpk yg ikhlas, dedekasi di negeri kita...
    Pemimpin yg hebat insaAllah mampu mengurus dan membangun sekolah..tahniah kpd usrjpnt yg kuat brkerja n berkhidmat demi Tuhan dan negara.jasa dan pengorbanan tuan tuan sangat besar kpd negarabangsa...

    ReplyDelete
  5. blawok blako ni.. bkn main lg buat temuduga.. hok bulih kroni2.. jah. cuba cek balik hok naik GPK tu ado worih waroh di PPD lh di JPN lah.. 1 lg hok tua2 nk mampus ni temudugalh berulang2 kali. ado sampai 10 kali tk leh2 lg. tp hok keja baru setahun jagung, keja pn tk tahu gapo mudah2 jah naik pangkat jd GPK atas dasar kuota 20%. palo hotak kuota 20% tu. puak2 mu hok duk JPN ko PPD ko keja tk pakai gawa, gaya jh lebh. puuiihh..

    ReplyDelete
  6. Hak tua lagi la belawok temuduga baru masuk ketiga baham 10 kali..patutla dok leh pun wat munah sekolah. Bodo tapi nak jadi pk. tuuuhiiiii

    ReplyDelete
  7. Anom 9.04 ingat bila tua layak. Dia tidak sedar hak tua macam dia ni bodoh sombong. Mengikut kawan saya yang pergi temuduga ramai yang empat puluhan. Sedikit sangat yang tua kerana mereka tidak minta. Habis kalau tidak minta camna orang nak temuduga. Dia ingat jawatan GPK hak makbapak dan datuk nenek dia ker...

    ReplyDelete
  8. Raso hebat doh ko blh jd pk? maaflh ambo memng tk minat langsong jd PK lg pn ambo memng dk layok mohon PK pung sbb ambo DG44 (elaun ambo lbh dr PK pn) Cuma gok ambo siang ko sain2 hok tua2 tu lh (maksud ambo hok umur 40 an lah bodo...)lepas temuduga.. temuduga.. (tu mksud 10x nyoh, said weh! blh dok stabuk.. hok muda jetik baru kejo dok payoh temuduga pon terus latik.. ambo khabo ni sbb ambo tngok keliling ambo ( nok khabo ko "said" ambo pn dk tua lg baru 30 lbh jah) Cuma ambo siang ko saing2 ambo hok kato umur 40 an, ada hok gaji mati dah, doh brapa x temuduga tp tk leh stabuk pn.. Mamat weh, klu dok minta org dok katolh plak.. paham ko dok hok ambo tulis, ambo kato hok minta, temuduga bnyok kali dh tk blh jgk.. bkn dk minta.. bodo...

    ReplyDelete
  9. baso peranga huduh org melayu tranung gitu aaah.dok profesonal lasung.duduk kapung,bangga diri dok sedor orang lancor roket doh gi angkasa.bijok mende,bodola tuh.tupun sombong nok mapuh.pah tuh ngaku panda..panda pale hotokmu.
    setakat nok jadi pk pun beradung baloh hanya,bodola puok2mu nih.kalu mu cerdik sangat,mu dok jadi cikgu.

    ReplyDelete
  10. Kalau sakit makan ubat..insaALlah baiklah tu..saya x de kabel..x kuat politik...cuma berani menyahut cabaran jdi gpk...diterima...kpd yg baru menjawat gpk,tahniah....bakat anda dikesan...berbaktilah dengan ikhlas, merendah diri dan tegas...tambahkan ilmu...usah berkira pasal duit...bila ikhlas kerana ALlah, hidup kita kecukupan...kepada yg tua dan muda..bila layak..siapkan diri....pohon...insaAllah ada lah tu....pasti kita seronok memimpin...semoga hidup kita yg seketika akan jdi cukup bermakna...gpk boleh jadi suripanduan para guru...

    ReplyDelete
  11. Jgn kerana jawatan kita semua asyik mengata antara kita. yang penting keikhlasan kita dlm melaksanakan amanah yang diberikan. ingat tugas utama kita dlm mendidik anak bangsa. GB,GPK@ GURU biasa sama saje jika tak melaksanakan amanah yg dberikan. kalu jadi gpk sekadar jadi pak turut baik tak payah.....cuba buat perubahan yg boleh beri kebaikan.

    ReplyDelete
  12. Soalan utk usrjpnt: Bolehkah seseorang Gpk memberikan pendapatnya dalam mesyuarat? Ini kerana ada sesetengah GB yang melarang tindakan ini. Jika tidak boleh, apakah sebabnya?

    ReplyDelete
  13. Naper pula tidak boleh? Apa yang penting jangan sampai nampak gb dan gpk tidak sebulu walhal u all dari satu pasukan pengurusan. Gb yang bagus dia akan bincang ngan gpk dulu maka bila mesyuarat gpk akan memberi aviden dan hujjah utk menyokong apa yg telah mereka putuskan...

    ReplyDelete