Suatu hari Nabi
Muhammad s.a.w. bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, beliau
hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar,
beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Nabi Muhammad s.a.w. sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah
sedang ditimpa musibah? Perempuan itu menyampaikan bahawa ia adalah seorang
budak yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut
didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah s.a.w. untuk menghibur
perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham.
Beliau bergegas membeli
gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar,
seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang
memberiku pakaian, Allah s.w.t.
akan mendandaninya kelak." Rasulullah
s.a.w. memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi
dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela
kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w.
tak jadi memakai baju baru.
Dengan langkah ringan Nabi Muhammad s.a.w. hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi Nabi Muhammad s.a.w. harus bersabar. Kali ini Nabi Muhammad s.a.w. menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya karena terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah s.a.w.diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata.

Dengan senang hati Rasulullah s.a.w. hantarkan perempuan tersebut ke rumah
majikannya. Sesampainya di rumah, Rasulullah
s.a.w. ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam
yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah
tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam Baginda s.a.w. tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja
melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah
s.a.w. dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menyampaikan maksud kedatangannya. Rasulullah s.a.w. mengantar perempuan
yang menjadi budak tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah s.a.w. kemudian
menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah
aku yang menerima hukumannya."
Mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. itu penghuni rumah terkesima. Mereka merasa
mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah s.a.w.. Kerana secara refleks mereka menyampaikan,
"Budak belian ini merdeka kerana Allah
s.w.t.." Betapa bahagianya Rasulullah
s.a.w. mendengar pernyataan itu. Rasulullah
s.a.w. sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan
dirham, yakni harga budak itu sendiri. Rasulullah
s.a.w. berkata, "Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar
berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah s.w.t. telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan,
memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak
belian."
Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya."

No comments:
Post a Comment