Saturday, November 17, 2012

Majlis Penutupan Mesyuarat SPS.

KUANTAN - Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali 4 telah ditutup dengan rasmi oleh Pengarah Pelajaran Terengganu, En. Zakaria bin Hussin. Mesyuarat yang bermula 15 - 17 November 2012 telah banyak memberi fokus kepada pencapaian dan perancangan SKT, Plan, KPI khususnya bagi menghadapi tahun 2013.

"Sektor Pengurusan Sekolah adalah penggerak utama di JPN kerana mengurus guru, murid dan sekolah dan perlunya segala perancangan yang teliti agar dapat memenuhi aspirasi masayarakat dan negara", demikian antara intipati ucapan Pengarah Pelajaran semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat SPS Kali Ke 4. Beliau juga mengingatkan semua warga SPS sebagai kakitangan awam sentiasa dipandang tinggi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat mengikut panduan dan tatacara perkhidmatan yang digariskan.

Beliau juga berharap kita mampu menyesuaikan perancanagan dan tindakan dengan perubahan-perubahan pesat dan pantas dalam dunia pendidikan. Soal keperluan pelajar dan kebajikan guru perlu ditingkatkan. Mungkin kita tidak mampu memuaskan hati semua orang tetapi setiap tindakan kita yang betul dengan justifikasi yang jelas dan kukuh. Apa yang penting tegas beliau kita perlu ikhlas melaksanakan tugas kita.

Pengarah juga menegaskan bahawa kita perlu bergerak secara muafakat organisasi dengan  saling berkongsi pengalaman dan kemahiran. Keputusan yang dibuat secara kolektif adalah lebih baik. Beliau juga berkata pengetua dan guru besar perlu tahu peranan dan kita di jabatan perlu membantu mereka. Beliau yakin setiap mereka yang terpilih dan diberi amanah mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu memberi sumbangan walau di peringkat mana sekalipun.

Beliau juga berharap pengawai kita dapat membantu menyedarkan para pentadbir dan para guru tentang makna pendidikan yang lebih luas. Kata beliau sekolah mungkin lebihkan tumpuan kepada  murid terbaik untuk kecemerlangan dan kurang gemar dengan murid lemah dan bermasalah. Tugas kita menyedarkan mereka bahawa murid yang lemah ini juga ada peluang dan potensi untuk hidup cemerlang jika kena cara didikannya. Dalam PPPM aspirasi murid perlu kita penuhi dan tahun-tahun akan datang pendidikan wajib akan diperluas ke peringkat menengah.

Pengarah juga menyentuh mengenai kualiti. Beliau menyeru warga SPS agar mengutamakan kualiti dalam segala urusan kerana sekarang masyarakat sangat teliti dengan kualiti proses dan kualiti out put mahupun out come. Dunia terbuka dengan pelbagai pilihan memerlukan kita sentiasa menjaga kualiti institusi kita agar terus relevan dan diminati ramai.

No comments:

Post a Comment