Sunday, November 25, 2012

Permohonan ke sekolah Elit SMK Lembah Bidong, SMK Mak Lagam dan ke Sekolah-Sekolah Primier

Jabatan Pelajaran Terengganu menerima pertanyaan daripada ibubapa yang anak-anak mereka masa percubaan tidak mendapat 5A UPSR dan tidak memohon sekolah Elit atau Primier secara online namun dalam UPSR sebenar berjaya mencapai 5A dan berminat memasuki sekolah Elit, SMK Lembah Bidong dan juga SMK Mak Lagam dan sekolah-sekolah Primier. Oleh itu pihak jabatan membuka ruang bagi kes sedemikian untuk memohon secara manual atau offline seperti langkah berikut:

1. Muaturun atau download borang DI SINI
2. Isi dan lengkapkan borang
3. Hantar borang yang lengkap kepada Guru Besar sekolah anak
4. Guru Besar mengambil tindakan membuat semakan dan pengesahan
5. Guru Besar menghantar borang ke PPD masing-masing (U.P : PP Pengurusan Sekolah) pada atau sebelum 30.11.2012
6. PPD masing-masing rumus dan kumpulkan dan hantar ke Unit Menengah sebelum 2.12.2012

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Ab. Rahim bin Sulaiman, Penyelia Kanan Unit Sekolah Menengah 09-6213033.


No comments:

Post a Comment