Friday, November 2, 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme GPK Baru SR Terengganu 2012

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah akan mengadakan kursus berkenaan kepada Guru-Guru Penolong Kanan yang baru dilantik dalam tahun 2011  serta belum pernah mengikuti kursus WAJIB ini yang dianjurkan oleh Unit Sekolah Rendah. Pihak jabatan tidak dapat menganjurkan kepada semua GPK Baru berasaskan tahun semasa justru masalah peruntukan. Bagaimanapun KPI kita sekurang-kurangnya sekali setiap GPK yang baru dilantik diwajibkan mengikuti kursus ini. Kursus Peningkatan Profesionalisme Siri 2012 ini akan diadakan sebagaimana berikut:


Tarikh                         :  68 November 2012. (Selasa - Khamis).
Tempat                       :  Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating, Pahang.
Masa melapor diri    :  6 November 2012 (1.30 - 2.30 petang).

Kursus ini dianjurkan secara pakej. Perjalanan, makan-minum dan penginapan ditanggung oleh pihak jabatan. Sekirannya pihak tuan/puan tidak dapat menghadirinya atas sebab-sebab tertentu sila ambil tindakan berikut: 
  • Mencari sendiri calon penganti yang juga GPK Baru (lantikan 2012) yang sama jantina dengan anda (bagi memudahkan urusan penginapan)
  • Memaklum secara bertulis melalui Guru Besar  akan sebab tidak boleh hadir dan calon pengganti (Nama,kp,jenis gpk dan sekolah) kepada urusetia kursus Unit Sekolah Rendah (fax: 09-6213061 @ email : unitrendahspsjpnt@gmail.com)  dan satu salinan kepada Guru Besar sekolah calon pengganti dan PPD masing-masing.
  • Tuan/puan juga mesti memastikan calon pengganti hadir ke kursus ini.  
 Makluman berkaitan kursus boleh download di bawah: 
  1. Surat kursus GPK Baru
  2. Senarai Nama Peserta
  3. Jadual Kursus
  4. Jadual Perjalanan Bas     

5 comments:

  1. Minggu sibuk tu bos d sekolah, patut buat dlm minggu pertama cuti ke ok juga :)

    ReplyDelete
  2. Patutnya awal lagi tapi pakej lambat lulus dan tarikh tutup pakej dekat nga hidung. Duit turun lambat. Lagipun takkan satu org Gpk tak dok skolah jem. UPSR 21 November baru keluar..Harap boleh selesai peringkat sekolah dengan baik..

    ReplyDelete
  3. UPSR 21 November, bukan minggu ni ke?

    ReplyDelete
  4. Betulke 21 Nov. Result UPSR? Kenapa lewat sangat.

    ReplyDelete
  5. Itulah maklumat kami terima dari KS Peperiksaan...kita tunggulah kuat ada pengumuman segera dari Menteri atau KPM

    ReplyDelete