Friday, November 23, 2012

Renungan Jumaat : Iman Abu Hanifah dengan seorang budak



Satu hari ketika  Al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu sedang berjalan, tiba-tiba  ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.
Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian Al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"
Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :

"Namaku Nu'man "

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar Al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?" Budak itu bertanya kembali kepada Al-Imam Abu Hanifah.
Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :

"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab :

"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah Taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"

Menangis Al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut. Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi Al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A'dzam ini...

Terima Kasih atas baik sangka orang kepada kita.



No comments:

Post a Comment