Monday, November 5, 2012

Pengurusan Aduan

TEMERLOH - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Urusetia Aduan, Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah mengadakan mesyuarat Pengurusan Aduan di Seri Malaysia, Temerloh yang bermula 4 - 6 November 2012. Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Penyelaras Aduan Daerah dan penyiasat aduan dari daerah dan sektor Jabatan Pelajaran Negeri.En. Zakariah Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah telah merasmikan mesyuarat berkenaan.


 Para peserta mesyuarat didedahkan dengan kaedah siasatan aduan secara berkesan dan juga batasan siasatan. Selain itu mereka didedahkan dengan pengurusan PK04, analisis aduan, penulisan aduan e-PIDP dan pelaporan e-PIDP. Di samping itu format baru turut didedahkan oleh Cik Roslidawati bt. Ramli, Penyelaras Aduan, JPN Terengganu. Turut hadir dalam mesyuarat ialah En. Hamid bin Yahya, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran.

Pelaporan secara e-PIDP akan dilaksanakan oleh semua sekolah mulai tahun depan dan juga pasukan penyiasatan aduan. Justru itu pihak sekolah boleh membuat latihan pelaporan aduan melaui e-PIDP di wab http://apps.moe.gov.my/sad/training/ sehingga 15 Disember 2012. Mulai 1 Januari 2013 semua sekolah akan menggunakan e-PIDP. Melalui sistem itu PPD,JPN dan KPM boleh memantau secara online.

Pihak jabatan akan mengadakan roadshow kepada semua pengetua dan guru besar setiap daerah dalam bulan November ini. Tujuan roadshow untuk menyebarluaskan penggunaan e-PIDP ini.

Kita berharap dengan mesyuarat dan taklimat seumpama ini pengurusan aduan akan dapat diurus dengan kemas dan sempurna bagi memberi keadilan kepada pelanggan. Keseriousan megurus aduan dengan menerima, menyiasat, melapor dan menyelesaikan aduan  menunjukkan betapa KPM, JPN,PPD dan sekolah sangat perihatin dengan masalah pelanggan agar mereka mendapat perkhidmatan terbaik dalam sistem pendidikan kita.


No comments:

Post a Comment