IPOH - Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan BPSH bersama Bahagian KPM,JPN,PPD dan Guru Besar Sekolah Asli pada 26-28 November 2012 bertempat di Hotel Tower Regency, Ipoh], Perak. Hampir semua peserta dapat hadir. Negeri Terengganu telah diwakili oleh Penyelia Kanan Projek Khas/ Asli/ Kluster, Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD Kemamn dan Hulu Terengganu serta Guru Besar SK Sungai Berua, Hulu Terengganu dan SK Sungai Pergam, Kemaman.
Mesyuarat yang penting ini telah diisi berbagai pembentangan dan diskusi bagi memcari formula memperkasakan pendidikan dan pencapaian sekolah-sekolah Asli. Antaranya pembentangan dari IAB, BPK serta perkongsian Best Practises kalangan Guru Besar Sekolah Orang Asli. Kita amat berharap input yang diperolehi dapat pula dikongsi dan dilaksanakan di peringkat sekolah. Kita amat yakin perubahan hanya mampu berlaku jika disusuli pelaksanaan yang konsisten dan istiqamah.
Apa yang penting bagi Guru Besar, para guru serta barisan kepimpinan pendidikan, kita tidak hanya terlalu berfokus kepada masalah dan jangkaan harapan terlalu luarbiasa bagi pendidikan murid Asli tetapi melihat peluang-peluang dan sumber yang ada bagi mempertingkatkan pendidikan dan pencapaian murid orang Asli. Kita yakin pendidikan orang Asli semakin bergerak kehadapan ke arah yang lebih baik dengan penyediaan sumber tenaga manusia terlatih dan kemudahan yang ada. Didik dan sedarkan sumber manusia terlatih erti dan hakikat cemerlangan bahawa cemerlang itu sentiasa berubah ke arah yang lebih baik dan kita yakin mereka mampu melakukannya. Insyaallah...
No comments:
Post a Comment