Friday, November 23, 2012

Bengkel Kerja Pengurusan Fail Meja, SPS.

KOTA BHARU - Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan Bengkel Kerja Pengurusan Fail Meja di Hotel Crown Garden, Kota Bharu mulai 22 hingga 24 November 2012. Semua pegawai dari semua unit di bawah SPS terlibat dengan bengkel ini.

Tujuan utama bengkel ini ialah untuk menyemak kembali proses dan hasil kerja dan keperluan pengubahsuaian pada masa depan agar menjadi lebih mantap serta sesuai dengan senarai tugas baru yang ada. Natijah sut yang diharapkan agar semua hasil kerja dan proses kerja mencapai piawaian dan standard tinggi serta memberi impak kepada kemajuan organisasi.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Zakariah Ali dalam ucaputamanya menyeru setiap pegawai mengamalkan pemikiran secara "santai" kerana ia mampu melahir sesuatu yang "genuine" atau asli dalam pemikiran dan kerjabuat kita. Menurutnya kaedah dan caragaya yang santai kita akan lebih telus, lebih bersemangat, jujur serta lebih terbuka, cepat dan tepat khususnya dalam konteks memahami dan menyelesaikan masalah. Ada masalah boleh diselesai hanya di meja makan sambil diskusi secara santai.

Penyelaras Kualiti SPS, En. Ibrahim bin Ismail yang juga Ketua Unit Menengah telah menjadi moderator dan pemudahcara sepanjang  bengkel berkenaan. Adalah diharapkan dengan bengkel sedemikian kita dapat menyediakan perancangan dan pelaksanaan kerja yang lebih baik dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment