Wednesday, November 14, 2012

Temuduga iGPK32

BESUT - Hari ini adalah siri ketiga sesi Temuduga iGPK32 untuk memilih dan memperakukan calon GPK pada tahun 2013 bagi negeri Terengganu. Bermula dengan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan hari ini daerah Besut. Panel Penemuduga hari ini diketuai oleh En. Rosli Chik, Ketua Unit Naik Pangkat, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, JPN Terengganu. Sementara ahli panel terdiri daripada Timbalan PPD Besut, Penolong Pengarah Guru, Penyelia Kanan Projek Khas dan Pengerusi MGB Daerah Besut.

Sebelum calon-calon temuduga daerah Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu , calon iGPK32 daerah Besut juga sangat berwibawa dan berketrampilan. Sesetengahnya mempunyai pengalaman pengurusan dan khidmat kepimpinan kemasyarakatan yang luas. Pada penilaian saya selaku ahli panel dan urusetia calon pada tahun ini adalah yang terbaik dan memenuhi ciri-ciri seorang pengurus sekolah yang diharapkan. Cuba kita berharap itulah wajah dan sebenar watak mereka bukanya berselindung dibalik hipokrasi seribu wajah.

Kita juga merasa bangga kerana ramai kalangan mereka yang telahpun tamat pengajian peringkat siswazah tapi masih belum memohon dengan SPP kerana menanti peluang untuk dilantik menjawat jawatan hakiki. Ada setengahnya pula beberapa tahun dahulu pernah ditawar GPK tetapi menolak kerana tidak yakin dan kini tampil dengan keyakinan dan kesediaan untuk memikul amanah sebagai pentadbir. Kita sangat bangga dengan semangat yang mereka miliki dan berharap mereka benar-benar mampu mentranformasi sekolah ke arah lebih terbilang bila diberikan amanah dan kepercayaan memimpin sekolah nanti.

Minggu depan daerah Dungun, Marang, Setiu dan Kemaman pula. Semua peserta dinilai aspek penampilan personaliti, komunikasi, kemahiran dan pengetahuan pelbagai bidang dan pengalaman serta tugas-tugas pengurusan. Dua teknik temuduga diperkenalkan sama ada secara individu dan kelompok. Rebut peluang menjadi yang terbaik melalui persediaan dan keyakinan diri yang tinggi.


No comments:

Post a Comment