KUANTAN - Jabatan Pelajaran Negeri melalui Unit Pengurusan Sekolah Rendah mengadakan kursus berkaitan sebagai satu usaha melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran serta membina nilai serta sikap seorang pengurus sekolah yang hebat. Kursus ataupun taklimat berkenaan diadakan mulai 6-8 November 2012 kepada 104 orang GPK di Holiday Villa Beach Resort, Cherating, Pahang DM.
Hasrat jabatan GPK Baru yang majoriti masih muda, cergas dan dinamik mampu mempersiapkan diri menjadi barisan pimpinan yang hebat pada masa depan khususnya kepada pendidikan Terengganu. Itulah antara yang disampaikan oleh En. Zakariah Ali,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu semasa merasmikan kursus berkaitan. Beliau mahu GPK menjadi "pelendik" atau penghubung institusi sekolah dan masyarakat yang bijaksana dan efektif. Justru itu kursus untuk mempertingkatkan profesionalisme ini diadakan agar para GPK mampu melaksanakan kerjabuat mereka dengan lebih profesional.
Ketua Sektor Sekolah dalam ucapannya juga berharap agar GPK dapat memiliki hati yang bersih dengan memperbetulkan niat agar segala kerja dilaksnakan kerana Allah dengan penuh keseronokan dan keikhlasan. Sementara perkara-perkara yang besar jangan diremehkan. Beliau juga banyak menyentuh berkaitan kepimpinan. Di mana beliau berkata ,"Pasukan kerja yang paling mantap ialah bila mana Guru Besar dan semua GPK mampu duduk sepakat merancang dan melaksanakan agenda pendidikan di sekolah". Beliau juga meminta semua GPK agar menyemak balik Piawai Sekolah Terengganu (PST) dan memastikan elemen yang dinyatakan di bawah tugas dan peranan GPK ada dilaksana dan mampu dibuktikan di sekolah.
Sepanjang kursus ini para GPK akan didedahkan dengan asas pengurusan kewangan suapaya mereka memahami sistem kewangan sekolah dan berupaya membantu Guru Besar mengurus kewangan sekolah dengan penuh integriti dan manafaat yang maksima. Selain itu mereka juga didedahkan untuk membina kerjaya dan peluang-peluang mempertingkatkan masa depan kerjaya masing-masing. Selain itu pengurusan pendidikan wajib serta pembinaan sikap dan sahsiah sebagai pengurus yang baik juga disampaikan dalam taklimat ini.
Kita berharap dengan kursus dan juga perkongsian profesional seperti ini kualiti GPK serta profesionalime mereka dapat dipertingkatkan dan sekaligus bukan sahaja mampu meyakinkan khalayak tetapi juga sebagai persediaan untuk menjadi pimpinan pengurusan
sekolah pada masa hadapan. Mengikut Ketua Sektor Pengurusan Sekolah tidak mungkin orang Johor atau orang Selangor yang akan menjadi Guru Besar di Terengganu tetapi GPK Terengganu inilah yang bakal menjadi Guru Besar Terengganu suatu hari nanti.
Selamat Berkursus !
Bahan Taklimat klik DI SINI
No comments:
Post a Comment