SEPANG - Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di bawah Urusetia Pengurusan Sekolah Orang Ali mengadakan mesyuarat berkenaan di Empress Hotel, Sepang pada 28 - 30 November 2012. Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai dari BPSH, BPG,IPGM dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi membincang dan merumuskan hasil Kajian Outcome KEDAP (Kelas Dewasa Orang Asli) yang telah dilaksanakan antara 10 Oktober hingga 5 November 2012 yang lalu.
Kajian Outcome KEDAP yang dilaksanakan kepada hampir 27 % peserta KEDAP seluruh negara sebagai usaha untuk melihat keberkesanan KEDAP dalam pelbagai dimensi seperti modul, guru, pencapaian, pengurusan dan sebagainya. Adalah diharapkan dapatan kajian ini akan dapat membantu KPM dan agensi pelaksana di bawahnya mempertingkatkan dan memantapkan peluang dan kekuatan yang ada serta mengambil pelbagai langkah strategik mengatasi apa jua kelemahan yang ada. Justru itu satu laporan menyeluruh mengenai hasil kajian ini sedang diusahakan.
Harapan besar kita bahawa KEDAP ini mampu menjadi program untuk menyemarakan kesedaran pendidikan masyarakat orang Asli dan seterusnya membawa tranformasi kepada pendidikan dan pencapaian pendidikan anak-anak orang Asli. Kita amat yakin jika kita berjaya membuka dan memperluaskan laluan kesedaran bagi membina "kehendak dan kemahuan" kendiri untuk mereka berubah, inilah kejayaan yang san gat bermakna dan bererti bagi kita.
No comments:
Post a Comment