Sunday, November 4, 2012

Pertukaran dan penempatan Guru Besar & GPK kuatkuasa 1 Nov 2012

Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada rakan-rakan Guru Besar dan GPK yang lama dan yang baru. Kepada yang lama serta dapat berpindah ke sekolah baru gunakanlah segala ilmu dan kemahiran untuk buat sesuatu yang lebih baik lagi di sekolah baru. Katakan, lakukan dan buktikan. Sementara kepada yang menerima jawatan baru tahniah kerana berani memilih laluan baru dalam dunia pendidikan. Belajarlah serta kuasai kemahiran secepat mungkin agar anda akan sentiasa disegani dan dihormati.

Manakala kemungkinan kepada yang menolak tawaran terima kasih kami ucapkan kerana bakal tidak menyusahkan ramai orang. Bagi kami kalau hendak buat keputusan pun takut, klu-klek dan tak yakin macam mana nak urus sekolah dan organisasi sekolah yang besar. Kita mahu pemimpin sekolah yang berani, cekap, bijak mengurus dan membuat keputusan, tahan ujian dan sentiasa positif dan proaktif..

Senarai lengkap:

1 comment:

  1. tukarkan saja guru yang memohon kerana dikira sudah tidak berminat mengajar di sek sekarang..

    ReplyDelete