KUANTAN - Sektor Pengurusan Sekolah mengadakan mesyuarat kali ke 4 untuk tahun 2012 yang bermula dari 15 - 17 November 2012 di Holiday Villa Beach Resort, Cherating, Pahang DM. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh semua Ketua Unit, Pegawai dan staf di semua unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah.
Mesyuarat kali ini amat penting kerana ianya melibatkan laporan pencapaian SKT dan Aktiviti Unit dan juga perancangan unit dan sektor pada tahun depan berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan, KPI dan Plan Taktikal dan Strategik.
" Saya merakam setinggi-tinggi terima kasih, tahniah dan syabas kepada warga SPS yang telah memberi banyak sumbangan bagi menjayakan SPS sekaligus memberi sumbangan kepada kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu ", demikian antara lain ucapan En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah semasa menyampaikan ucaputama perasmian mesyuarat pagi ini. Tambah beliau lagi walaupun SPS mengawal ratusan SMK dan SK dengan ratusan ribu murid tetapi dengan kecekapan, iltizam dan kerjasama untuk berkhidmat kita mampu melaksanakan tugas dengan baik serta mengatasi cabaran dan dugaan dengan semangat sepasukan.
Beliau juga menegaskan bahawa tiada ahli organisasi tidak penting. Semuanya amat penting tanpa mengira jawatan kerana jika seorang Pembantu Am Pejabat yang lewat pos surat naik pangkat ia akan merosakkan seluruh sistem. Walaupun peranan ini nampak kecil malah tidak nampakpun tetapi implikasinya sangat besar umpama akar pokok tersembunyi tetapi sangat bermakna untuk menegakkan pokok. Begitulah peranan "tidak" nampak pegawai JPN,PPD dalam membantu pendidikan di sekolah.
Ketua Sektor Sekolah juga mengingatkan semua ahli SPS supaya dapat menghayati visi dan misi jabatan supaya kita dapat memainkan peranan sebagai penghubung atau perantara berkesan dengan memahami mendalam makna kecemerlangan . Kecemerlangan bukan setakat pencapaian akademik tapi juga terbangun akhlak dan akal budi. Cabaran besar kita ialah bersama membangun nilai diri pelajar yang semakin gawat seperti isu moral, budaya terima kasih, kekemasan diri dan sebagainya.
Selain menghadiri sesi mesyuarat para peserta diberi titipan kerohanian melalui input keagamaan melalui sembahyang berjemaah dan kuliah Maghrib dan Subuh. Sementara masa luang diisi dengan riadah kegiatan sukan. Kita yakin hanya ahli organisasi yang kuat jiwa, sihat jasmani dan rohani mampu memberi sumbangan berkesan kepada kemajuan organisasi.
Selamat Bermesyuarat
No comments:
Post a Comment