MARANG - Urusetia KEDAP (Program Kelas Dewasa Orang Asli) Terengganu hari ini telah mengadakan taklimat / kursus kepada semua guru KEDAP dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah yang ada KEDAP serta kepada guru dan pegawai yang terlibat dengan KEDAP ini. Taklimat ini telah diadakan di BTPN Terengganu juga dihadiri oleh kedua Guru Besar SK Asli Terengganu iaitu Guru Besar, Sungai Pergam dan Guru Besar, SK Sungai Berua.
Antara tujuan dan objektif utama program ini adalah memberi pendedahan kepada semua warga sekolah dan pegawai terlibat tentang kepentingan KEDAP sebagai satu strategi mempertingkatkan kesedaran pendidikan dan membasmi buta huruf dan kemiskinan di kalangan masyarakat orang Asli. Wacana perkongsian pengalaman KEDAP antara dua sekolah ini telah menunjukkan impak besar kepada kesedaran pendidikan kepada anak-anak mereka berbanding sepuluh tahun dahulu.
Selain itu Pn. Natrah Wahab, Penyelia dari Sektor Swasta dan Pendidikan Khas turut memberi input dan perkongsian pengalaman mengenai pedagogi murid dan KEDAP yang sewajarnya untuk masyarakat Asli ini. Sementara En. Jusoh Embong, Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD Kemaman memberi beberapa strategi mempertingkatkan kesedaran pendidikan orang Asli terutama melalui peranan pengurusan sekolah dan kebestarian guru dalam pengajaran-pembelajaran. Keadaan ini selari dengan ucaptama En. Kamal Abdullah , Penolong Pengarah Guru yang mewakili Ketua Unit Rendah yang menegaskan bahawa "sekolahlah instusi asas terpenting yang memainkan peranan mempertingkatkan kesedaran pendidikan orang Asli". Tegas beliau Pengurus Sekolah dan para guru amat penting memahami keperluan, proses,penyelesaian dan output yang dikehendaki khususnya masyarakat Asli dengan mengetahui serta mahir memahami persekitaran sosio-budaya agar lebih efektif.
Kita berharap tahun 2013 wacana seumpama ini dapat dipertingkat dan diperbanyakkan yang bukan sahaja untuk memberi semangat kepada guru-guru di SK Asli tetapi mengubah persepsi bahawa di SK Asli adalah peluang terbaik bagi guru melahir kreativiti dan inovasi sebagai guru yang sebenar guru.
No comments:
Post a Comment