Pada sesi pagi Ketua-Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Sektor Akademik, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan serta Sektor Jaminan Kualiti telah membentang pelaporan dari sektor masing-masing. Sementara sektor lain yang tidak berpeluang membentangkan pelaporan telah menyediakan secara hard copy untuk panduan dan makluman semua pentadbir sekolah.
Selepas kudapan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menyampaikan ucaputama tentang persediaan yang perlu pengurusan sekolah lakukan terutama untuk terus melestarikan pendidikan terbilang. Majlis dialog pengurusan sekolah dengan pengurusan tertinggi jabatan dalam suasana yang sangat mesra dan harmoni. Berikut ialah antara intisari ucapan Pengarah Pelajaran Terengganu yang dicatat oleh USR Blogger Team :
- Terima kasih kepada semua Pengetua dan Guru Besar kerana telah melaksanakan tugas pengurusan dengan baik
- Terima kasih kepada guru yang akan dan telah bersara. Jangan pencen sebelum tarikh
- Buat penilaian semula pada aspek pengurusan
- Lihat apa yg telah dibuat dengan apa yg hendak kita buat
- Beri penilauan program bacaan Al- Quran selama 10 minit.
- Kenalpasti pelajar yang tidak tahu solat
- Persediaan musim cuti. Hati-hati sebagai pusat exam. Sediakan tempat exam terbaik
- 1st day 1st bell 1st lesson kena ada perancangan taktikal tahunan dan biar selari dengan jabatan
- Sekolah rendah akan terima buku panduan penggunaan ebook.
- Bangunkan semula instruksional leaderships.
- Kita kurang kreativiti dan inovasi. Tubuhkan KIK di sekolah.
- Pengetua dan Guru Besar kena buat pemantauan dlm pengurusan, p&p dan lain-lain.Kemaskini sistem fail. Tekan kpd volume kerja murid.
- Ada lapan sekolah mendapat audit berteguran berbanding tahun 2009 hanya duasahaja. Ini disebabkan kerana sangat percaya kepada Pembantu Tadbir. Teliti dalam urusan kewangan. Jangan PT buat keputusan dan arah Pengetua dan Guru Besar
- Boleh delegate kerja tetapi kita tidak boleh delegate akauntebaliti
- Hayati visi misi jabatan dan sekolah
- Belanjawan 2012 pelajar akan dapat RM100 untuk persediaan persekolah. Harap diurus dengan baik
- Yuran tiada. Jangan pungut sebarang yuran tanpa kelulusan Pengarah
- Pelajar Tingkatan 6 juga akan dapat baucer buku
- Program 1Murid 1Sukan perkemaskan lagi
- Program memasyarakatkan pendidikan perlu dipertingkatkan.
- Dapatkan kerjasama NGO di sekolah. Eratkan hubungan dengan PIBG
- Setiap Pengetua dan Guru Besar sediakan KPI
- Semua pegawai pinjam/sangkut di PPD atau JPN akan balik semula ke sekolah mulai tahun depan
- Akan teruskan redeployment. Maxima 10 tahun
- Tingkatkan kecemerlangan pada masa hadapan
- Cadang akan susun semula sekolah kawalan dan akan buka kelas KRK di kebanyakan sekolah. Akan kekalkan sekolah premier sahaja
- Pendemokrasian pendidikan. Jangan abaikan kelas Khas.
- Masalah disiplin. Hem kena rancang pembangunan sahsiah di sekolah
- Buat close monitoring. Cari pendekatan baru lahir sekolah penyayang
- Kurang peranan guru B&K dan perlu ditingkatkan peranan dan fungsinya
- Latih pembangunan talent. Scouting, profiling, grooming, poolkan untuk bidang apapun sebagai usaha strategik melahirkan generasi pelapis
- Reaktif kepada isu. Seperti mana pada tahun depan projek rintis akan diadakan di Serawak, Pahang, Melaka dan Johor di mana guru akan mula bekerja dari jam 7.30 - 4.30 petang (8 jam sehari). Oleh itu Terengganu perlu bersedia awal agar tindakan akan sentiasa ada nilai tambah
- Sekolah kita dijadikan sebagai pusat mengundi. Sediakan kerusi meja sesuai .Hentikan projek yang ada buat sementara 24 jam sebelum hari mengundi. Beri kerjasama kepada SPR.
Download bahan Powerpoint di TER > DI SINI
No comments:
Post a Comment