Tuesday, October 18, 2011

Taklimat Penempatan Guru Baru

Tahniah kepada Ambilan KPLI Sekolah Rendah Jun 2010 kerana penantian mereka untuk berkhidmat sebagai guru bertauliah mulai tercapai setelah kerajaan meluluskan penempatan mereka ke seluruh negara mulai 20 Oktober 2011. Kita mungkin terbaca di forum atau facebook perbincangan hangat posting mereka ini sama ada secara positif atau sebaliknya termasuk ugutan dan tohmohan kepada kerajaan kerana kelewatan posting ini.

Namun mengikut kebiasaan perjanjian latihan kerajaan " bahawa kerajaan boleh menempatkan calon lulusan kursus ke dalam perkhidmatan dalam masa dua belas bulan setelah tamat latihan". Kita tidak tahu adakah dalam latihan KPLI  ini  kerajaan mesti menempatkan SEGERA setelah tamat latihan .Kalau terma perjanjiannya begitu memang wajar mereka "bertermpik" tetapi kalau sebaliknya bagaimana ?

Kita amat berharap agar semua guru baru ini bersyukur kerana berjaya ditempatkan kecuali bagi mereka yang ada masalah tertentu apalagi bagi mereka yang ditempatkan di negeri Terengganu.Justru kedudukan guru Terengganu yang berlebihan maka hanya opsyen BI dan BC sahaja ditempatkan di Terengganu. Panel Penempatan Guru telah bermesyuarat dan telah meneliti berbagai aspek dengan keutamaan murid sebagai pilihan utama untuk ditempatkan guru bagi negeri ini. Kita mahu guru yang boleh memberi khidmat terbaik kepada murid. Kita tidak memerlukan guru-guru yang banyak karenah dan mengutama perkara yang remeh-temeh.. Oleh itu, keputusan Panel Penempatan Guru adalah muktamad.

Sehubungan dengan itu satu Taklimat Penempatan Guru Baru yang masuk ke Terengganu akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 20 Oktober 2011
Jam    : 8.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat Alamanda ,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Pakai :  Pakaian kerja ( Lelaki : bertali leher ) berkot dan bertanda nama


Semak Penempatan Negeri . KLIK
Senarai Guru Baru Penempatan ke Terengganu  KLIK

No comments:

Post a Comment