En. Yusuf Shaari, Penyelaras SKK JPN Pulau Pinang mewakili semua penyelaras negeri menyifatkan persaraan Pn. Jamelah sebagai satu kehilangan besar kepada SKK kerana beliau adalah antara tenaga awal utama dan berpengalaman yang menguruskan SKK.
Pn. Hajah Jamelah bt. Mansor melalui rantaian pengalaman pendidikan yang sangat luas dan berpengalaman. Beliau pernah bertugas sebagai Guru Penolong, Penolong Kanan, Pensyarah IPGM, Pengetua dan jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengarah. Beliau yang kelihatan masih muda, bersemangat dan sentiasa ceria amat disenangi oleh semua pegawai,pegawai meja, pengetua dan guru besar SKK. Sifatnya yang tenang ,'cool'
dan kaya dengan humoristik menyebabkan sesiapa sahaja mudah merasa mesra.
Pohon beringin ditepi perigi
Burung balam berlagu hiba
Biarpun tidak bersama lagi
Budi puan abadi dijiwa
No comments:
Post a Comment