KUANTAN - " Kita harus berbangga kita menjadi guru, bukan sahaja dapat menikmati kemudahan dunia tetapi juga bertuah kerana tugas mendidik diperakui oleh Nabi sebagai kerjaya yang istimewa dan amal jariah berpanjangan ", begitulah antara lain ucapan En. Zakariah Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah sewaktu menyampaikan ceramah "Melestarikan Pendidikan Terbilang" dalam Taklimat Memperkasakan SK kepada Guru Terengganu di Shahzan Inn, Kuantan pagi ini. Program taklimat ini bermula 26 - 28 Oktober 2011.
Seramai lapan puluh orang Guru Besar seluruh negeri Terengganu terlibat dengan program ini.
Ketua Sektor Sekolah juga menjelaskan beradasarkan pendapat iman Al-Ghazali , " guru-guru yang hanya mengajar semata-mata tanpa memikir masa depan murid adalah mereka yang tidak sesuai menjadi guru ". Masa depan pelajar bukanlah semata-mata berjaya dalam kehidupan dunia tetapi juga lebih penting untuk mereka akan berjaya untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi. Kata Imam Ghazali lagi, satu syarat UTAMA untuk menjadi guru ialah kasih sayang. Jika tiada nilai kasih sayang maka tidak layak menjadi guru.
Selain itu bagi memastikan kelestarian pendidikan Ketua Sektor menjelaskan Guru Besar dan para guru mesti memainkan peranan sebagai "inspire" atau pendorong yang penuh inspirasi hebat kepada anak buah atau anak murid. Tugas guru bukan hanya sekadar penyampai ilmu tetapi juga penjelas nilai dan pembangun tamaddun. Membangun sahsiah pelajar adalah antara tugas utama kita.
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah juga mengingatkan Guru Besar bagi memastikan pengurusan sekolah kita sentiasa terbilang segala data dan bidang pengurusan utama sekolah mesti sentiasa update dan kemaskini. Ketua Sektor Sekolah juga menjelaskan bagi memperkasakan sk juga guru-guru yang melebihi sepuluh tahun akan ditukarkan secara berperingkat. Menurut beliau pada Jun 2012 pengambilan guru berasaskan "open source" iaitu berdasarkan keperluan opsyen sahaja. Pada tahun depan juga dijangka dilaksanakan projek rintis bagi Serawak, Pahang, Melaka di mana masa bertugas guru hingga jam empat petang dan memiliki cuti tahunan sebagaimana guru besar.Guru Besar mesti mengajar matapelajaran opsyen. Sementara tugas pengurusan data akan dilakukan oleh AKS. Beliau berharap agar Guru Besar Terengganu membuat persediaan awal kerana dijangka pada tahun 2013 semua sekolah akan melaksanakan agenda berkenaan.
No comments:
Post a Comment