KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Comumications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) telah menganjurkan seminar berkenaan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyung, Terengganu hari ini. Wakil-wakil Jabatan , Pengendali Sistem Telekomunikasi & Meltimedia serta pelajar-pelajar universiti di negeri ini dijemput hadir. Saya dan Pn.Nor Anisah Ariffin dari Sektor ICT mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
En. Mohd Shafiee Harun,Pengarah SKMM, Wilayah Timur telah merasmikan seminar tersebut. Tiga kertas kerja telah dibentangkan. Pn. Sharizan Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Pematuhan, SKMM telah membentang kertas kerja , " Peranan SKMM Dalam Melindungi Hak Pengguna". Sementara kertas kerja " Peranan CFM Dalam Melindungi Hak Pengguna" telah dibentangkan oleh Puan Mahfuzah Azahari, Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia. Sementara En. Rahmat Abu Nong,Jabatan Digital Forensik,SKMM membentang kertas kerja ketiga dengan tajuk " Jenayah Cyber". Seterusnya diadakan Forum : Hak Pengguna Dalam Perkhidmatan Komunikasi & Multimedia.
Seminar ini sangat penting kepada seluruh pengguna telekomukasi dan multimedia terutama dalam menghadapi pelbagai jenayah dan penipuan serta undang-undang yang melindungi mereka. Walaupun pada umumnya kita nampak pengguna atau pengendali bebas sesuka hati tetapi mereka dikawal oleh SKMM dan ada undang-undang yang melindungi pengguna yang teraniaya.
No comments:
Post a Comment