Sunday, October 30, 2011

Memperkasakan Pemuafakatan, Melestarikan Pendidikan Terbilang Peringkat Daerah Marang

MARANG - " Sepatutnya tidak ada murid miskin  pada zaman pelbagai bantuan diberi oleh KPM dan kerajaan negeri kecuali miskin akal dan jiwa", demikian antara intipati ucapan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, En. Razali bin Daud sewaktu menyampaikan ucaputama di Majlis Memperkasakan Pemuafakatan, Melestarikan Pendidikan Terbilang Antara Yang Dipertua dan AJK Persatuan Ibubapa dan Guru  Bersama-sama Pengarah Pelajaran Negeri di SMKA Durian Guling patang tadi. Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan mewujudkan persefahaman dan pemuafakatan antara PIBG dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan juga PPD bagi menangani pelbagai isu-isu pendidikan serta mempertingkatkan pencapaian pelbagai aspek pendidikan khususnya di daerah Marang.

Majlis berkenaan bukan sahaja dihadiri oleh YDP dan AJK PIBG Sekolah Daerah Marang tetapi juga pengetua,guru besar sekolah daerah Marang bahkan juga turut dihadiri Ketua-Ketua Sektor dan Timbalan PPD dan Pegawai dari PPD Marang .

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri menjelaskan kerajaan persekutuan melalui KPM telah melaksanakan pelbagai skim bantuan persekolah seperti SPBT, KWAPM, Program Susu 1M dan berbagai lagi termasuk yang dibentang dalam Baget 2012. Selain itu kata beliau kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Menteri Besar telah menyediakan pelbagai ruang dan kemudahan untuk pendidikan Terengganu termasuk ebook, laptop, pembedahan mata dan telinga kepada pelajar kurang upaya dan bermacam-macam lagi. Beliau mengingatkan YDP dan AJK PIBG jika ada pelajar tercicir kerana miskin dalam kampung mereka sila lapor segera kepada JPN atau PPD.

Selain dari itu satu sesi dialog juga diadakan antara Pengarah, PPD Marang dan Ketua-Ketua Sektor dengan YDP dan AJK PIBG Sekolah daerah Marang . Sambutan cukup hangat sekali. Banyak isu-isu yang kabur dan keliru diperjelaskan dengan baik. Bahkan terdapat di kalangan peserta memuji program turun padang ini dan menganggap usaha yang sangat baik dan efektif. Tidak kurang yang melahirkan rasa dukacita dan terkilan dengan sambutan kurang memuaskan di kalangan AJK PIBG bagi program yang sangat bermakna ini. Bahkan dalam pemerhatian Usr Blogger Team ada dua buah sekolah rendah yang tidak langsung menghantar seorang wakilpun termasuk Guru Besarnya sendiri tidak hadir.

Apapun kita ucapkan tahniah kepada yang hadir kerana mereka mencintai ilmu seperti yang dinyatakan Pengarah dan daerah perlu muafakat bekerja keras merubah status pencapaian UPSR 2010 Tempat Ketujuh negeri, PMR 2010 Tempat keenam negeri, SPM 2010 tempat kelima negeri , STPM 2010 tempat keempat negeri, Anugerah Tawaran Baru ( 1 SR sahaja) dan tiada satupun SKK dan SBT agar menjadi lebih cemerlang dan terbilang di masa hadapan...

No comments:

Post a Comment