Sunday, October 23, 2011

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Terengganu

KUALA TERENGGANU - Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Pengurusan SPS yang dipengerusikan oleh En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah. Semua pegawai dan kakitangan Sektor Pengurusan Sekolah dari Unit Menengah, Rendah, Pra Sekolah dan Perhubungan hadir mesyuarat berkenaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda ,JPN Terengganu.

Dua perkara besar dibincangkan iaitu Perhimpunan Bulanan JPN Bulan Oktober yang akan diadakan pada 25 Oktober 2011 dan  diurusetiakan oleh SPS serta Majlis Pengarah Bersama-Sama Pengetua dan Guru Besar pada 31 Oktober 2011 yang akan diadakan di Terengganu Equastrian Resort (TER). Mesyuarat hari ini membincangkan kedudukan jawatankuasa dan persiapan yang perlu dilakukan menjelang kedua event berkaitan.Pada 25 Oktober 2011 kebanyakan pegawai dari Unit Rendah dan Menengah tiada di pejabat kerana terlibat dengan  satu mesyuarat penting di Kuantan, Pahang. Ketua Sektor berharap dengan persiapan rapi tidak ada masalah akan timbul yang boleh menjejaskan imej SPS.

Dalam mesyuarat hari ini juga Ketua Sektor  menyampaikan sijil Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 kepada tiga orang penerima dari SPS. Mereka ialah;
  • En. Salim bin Ab. Ghani - KPP Sektor Pengurusan Sekolah
  • En. Rahim bin Sulaiman - Penyelia Kanan Pengurusan Murid Menengah
  • Pn. Norizan bt. Abdullah - Pembantu Tadbir, Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah
Tahniah kepada rakan-rakan SPS yang menerima APC, semoga ianya menjadi motivasi untuk kakitangan SPS berkerja dengan lebih cemerlang lagi.

No comments:

Post a Comment