Saturday, October 22, 2011

2,642 orang guru UPSR Terengganu terima laptop

KUALA TERENGGANU - Pendidikan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Justru berbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan agar guru yang diberi tanggungjawab mendidik anak bangsa berupaya membina tamaddun dan mampu bersaing. Beliau berharap melalui pembudayaan ICT di kalangan pendidik dan pelajar ianya mampu mengubah cara berfikir dan budaya landskap pendidikan negeri ini.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyerahan Laptop kepada Guru-Guru UPSR Terengganu di Wisma Darul Iman pagi tadi. Seramai 2,642 orang Guru UPSR Terengganu menerima laptop daripada Menteri Besar Terengganu yang bernilai hampir RM3.7 juta. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri, Exco dan Timbalan Exco Pelajaran Negeri Terengganu, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri serta Pegawai Pelajaran Daerah seluruh negeri.

Tiga tahun yang lepas kerajaan negeri telah memperkenalkan e-book kepada murid-murid tahun 6. Biarpun terdapat pandangan dan tohmahan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato' Haji Ahmad bin Said secara konsisten meneruskan program berkenaan dan di jangka menjelang akhir tahun ini sebanyak hampir seratus ribu ebook diagihkan kepada pelajar.Keyakinan kerajaan terhadap peri mustahaknya penguasaan ict maka sistem pembelajaran kelas maya telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah di negeri ini dan bakal di perluaskan di setiap Dewan Undangan Negeri pada tahun depan.

Sesungguhnya warga pendidik dan pelajar negeri ini amat bertuah berbanding dengan negeri lain kerana keperihatinan dan kecaknaan sebegitu rupa daripada kerajaan dan pimpinan negeri Terengganu. Pelaburan besar ini mestilah dibayar dengan  keupayaan untuk terus cemerlang dan terbilang dalam pendidikan di negara ini. Terengganu mesti mampu melahirkan tenaga manusia yang  berkompetensi dari segi ilmu, kemahiran dan nilai. Tugas besar ini diamanahkan kepada pendidik sebagai arkitek bangsa agar hasrat kerajaan negeri menjadikan "Terengganu sebagai Anjung ilmu" akan menjadi kenyataan. Kita amat yakin guru Terengganu amat tahu bersyukur dengan menterjemahkan rasa syukur ini menunaikan amanah mendidik dengan penuh keinsafan dan penuh iltizam.



2 comments:

  1. Terima kasih, kerajaan Negeri Terengganu & MB Trg! Semoga guru2 Tahun 6 akan bekerja dgn lebih gigih lagi demi melestarikan pendidikan di Trg!! Guru2 yg mengajar tahun2 lain, tunggulah giliran~~~ Saya percaya, kerajaan negeri tidak lupa jasa guru! Bersabarlah!

    ReplyDelete
  2. Sy terkilan kr guru agama msh dianaktirikan wpun mgjr thn 6. Mgapa kami sntiasa shj diketepikan wpun mgjr 3 kelas tbn 6. Mgkn kami ni tidak mgjr subjek teras yg mlykan kami trma laptop. Sdgkan apa jua prgm UPSR jg melibatkn kami. Bila dibangkitkan isu ini mulalah kata: ustaz2 buat amal lillahi Taala la sama....mgkn jasa tak seperti guru2 mp teras ya! Sampai ada yg x tahu nak bg kat siapa dah guru teras, bg je dua kali. Pihak JPNT tlg ambik cakna perkara ni. Kami cikgu jugak!

    ReplyDelete