Ketua Unit Sekolah Rendah JPN Pahang, En. Zainol meminta jasabaik saya yang juga bekas guru besar untuk berkongsi pengalaman pengurusan terutama asas pengurusan kewangan sekolah kepada rakan guru besar yang baru. Saya menyahut pelawaan tersebut dengan tangan terbuka kerana saya ada pengalaman "manis" dalam pengurusan kewangan. Apa tidaknya apabila mula menjawat jawatan guru besar sekolah saya tiada pembantu tadbir, tiada lagi program patskom bagi penyediaan penyata audit. Apabila berpindah ke sekolah baru sebagai guru besar kita menerima pakej tanggungjawabtermasuk audit sekolah berteguran hampir sepuluh tahun, hutang bil air beribu-ribu dan bermacam-macam cabaran cukup bermakna. Pengalaman pengurusan kewangan diadun dengan baik di sekolah terakhir sehingga mendapat audit tanpa teguran cemerlang sebelum berpindah ke jabatan.
Alhamdulillah dalam masa dua jam saya dapat berkongsi dengan baik bersama-sama sahabat guru besar dari Pahang dalam suasana yang penuh bermakna. Bahkan saya melihat pengurusan kewangan yang kurang diambil berat oleh sesetengah guru besar dan dikonsultantasikan kepada KPT atau PT secara hampir-hampir total adalah "kunci utama" kejayaan sekolah jika diurus dengan baik dan berfokuskan "murid". Walau dari punca mana dan di bawah kepala peruntukaan apa sekalipun sasaran penggunaannya menjurusarah kepada murid sama ada natijah sut untuk kebajikan, keselamatan, pembangunan jasmaniah ,rohaniah, intelektual hatta prasarana kumudahan fizikal sekalipun. Justru menyalahguna, pembaziran atau terlalu "kedekut" adalah "kezaliman" kepada murid pada sesuatu tahun semasa kerana peruntukan perkapita atau apa sahaja adalah untuk murid pada sesi persekolahan itu.
Oleh kerana peri penting seseorang pengurus sekolah mengurus setiap sen sama ada dari akaun wang kerajaan, akaun wang suwa dan akaun wang asrama dengan tepat maka ianya dikawal dengan garis panduan, tatacara dan prosidur yang rapi. Kepentingan pengurusan kewangan sekolah dengan baik diperjelaskan lagi sebagaimana berikut:
- wang sekolah adalah sumber utama untuk pengoperasian persekolahan seluruhnya - murid
- satu amanah yang bukan sekadar dilaksana tetapi diberi penanggugjawaban (akauntebaliti)
- simbol integriti dan kehebatan seseorang Guru Besar
- prasyarat untuk kenaikan pangkat dan penganugerahan sekolah
Selamat berkursus kepada rakan-rakan Guru Besar dari Pahang semoga kalian mampu menjadi pemimpin sekolah yang dihormati dan disayangi kerana kebijaksanaan pengurusan anda.
No comments:
Post a Comment