Thursday, October 13, 2011

Mesyuarat Majlis Guru Besar Terengganu bersama Ketua Unit Sekolah Rendah

KUALA TERENGGANU - Kalau ianya boleh dikira sebagai salah satu faktor atau asbab pencapaian cemerlang sekolah rendah Terengganu ialah hubungan yang telus, mesra dan penuh kesefahaman antara MGB Terengganu (mewakili suara Guru Besar ) dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu khususnya dengan Unit Sekolah Rendah selaku pengurus amanah perjawatan, penempatan guru besar dan semua guru serta pemantau pengurusan sekolah. Melalui persefahaman dan semangat stiakawan, saling bantu-membantu dan paut-memaut ini banyak isu-isu pengurusan sekolah dapat diselesaikan secara berhemah dan harmonis.

Hari ini di Galeri Sultan Sulaiman, SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu sekali lagi MGB Terengganu bersama Ketua Unit Rendah duduk semeja penuh muafakat menyelesai isu-isu dan membantu mana-mana yang boleh agar pengurusan sekolah berada pada tahap terbilang. Antaranya berkaitan pertukaran guru, isu naik pangkat, pengisian perjawatan hakiki pengurusan dan juga kursus profesional guru besar.

Ketua Unit Rendah memaklumkan data kedudukan Guru Besar, Pengelola Cemerlang dan Guru Cemerlang  hingga 1 Oktober 2011 adalah sebagaimana berikut :

·    Guru Besar : 
·         DGA32 – 37 orang (SK Delong belum isi)
·         DGA34 – 136 orang (SK Telaga Papan dan SK Paka 2)
·         DGA38- 108 orang
·         DG41 – 50 orang
·         DG44 – 13 orang

·     Pengelola Cemerlang
·         JPN – 5 orang ( 2 orang baru dapat)
·         PPD – 8 orang (PPDKT- 2,PPD Dungun -3,PPD Kmn- 1, PPD Setiu- 2 )

·     Pegawai Cemerlang
·         2 orang dan berada di PPD Dungun

Guru Cemerlang
·         DGA32 – 51 orang
·         DGA34 – 14 orang
·         DGA38 – 6 orang
·         DG44 – 16 orang
·         DG48 – 4 orang

Selain dari itu beliau juga merakam tahniah kepada Guru Besar SK Rantau Petronas,Kemaman, SK Seri Berang dan SK Dusun kerana dianugerahi Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5. Kedudukan terkini SKK Rendah ialah enam buah. Beliau berharap sekolah yang berada pada Band 1 dan 2 dapat mengatur strategi bagi persediaan pencalonan SKK dan SBT tahun 2012 . Sementara sekolah berikut terpilih dalam pencalonan akhir SBT Kohort 3:
  • SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu
  •  SK Tengku Mahmud , Besut 
  • SK Tengku Mahmud II,Besut 
  • SK Rantau Petronas,Kemaman 
  • SK Seri Berang, Hulu Terengganu 
  • SK Dusun, Hulu Terengganu     
Pada 26 - 28 Oktober 2011 satu Seminar Mempertingkat Profesionalisme Guru Besar Terengganu akan diadakan di Shahzan Inn, Kuantan, Pahang. Kita berharap melalui wacana langsung dengan MGB dan sebilangan besar Guru Besar kita dapat ketengahkan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh para guru agar kualiti pengurusan dalam semua aspek dapat dipertingkatkan dengan keterbilangan pendidikan ...


No comments:

Post a Comment