Wednesday, October 5, 2011

PENTING DAN SEGERA : Pengemaskinian Data Keperluan Persekolahan 2012 dalam e-Perlu

Semua Pegetua/Guru Besar
Sekolah Negeri Terengganu

Tuan/Puan,

PENGEMASKINIAN DATA KEPERLUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 DALAM  e_ PERLU.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan sebagai persiapan untuk sesi persekolahan tahun 2012, tuan/puan dikehendaki mengemaskini data keperluan sesi persekolahan  tahun 2012  secara on line. Sistem e-Perlu ini boleh diakses melalui alamat; http://www.moe.gov.my/datakeperluansekolah/

3.         Untuk daftar masuk dalam sistem e-Perlu,  sila gunakan ID penguna iaitu kod sekolah (contoh: TBA2008) dan katalaluan: sekolah( eja perkataan sekolah) . Tuan/puan boleh mengemaskini data e-Perlu sehingga  16 Oktober 2011. Perlu diingatkan bahawa data yang dikemaskini hendaklah tepat terutama bilangan murid dengan jumlah kerusi dan meja.

4.         Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi urusetia peringkat negeri iaitu En. Wahab bin Salleh di talian 09 6213327 atau 013 9304788.

Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.


No comments:

Post a Comment