Thursday, October 20, 2011

Mesyuarat Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

CYBERJAYA - Semalam telah diadakan sehari suntuk Mesyuarat Sekolah Kluster Kecemerlangan antara Pengurusan dan Pegawai SKK bersama Penyelaras SKK , Jabatan Pelajaran Negeri seluruh negara, di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) di Cyberjaya, Selangor.

Tuan Haji Rosland Husain, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan dalam ucapan aluan mesyuarat mengajak semua ahli mesyuarat agar melihat dalam sudut yang jauh dan berbeza apabila membicarakan kecemerlangan pendidikan kita. Tegas beliau kita tidak boleh lagi membandingkan kecemerlangan kita dalam kelompok serantau tetapi harus melewati dan menembusi negara-negara maju dunia kerana dunia antarabangsa telah melihat kita menerusi keberanian kita bersaing terutama melalui sumber tenaga manusia. Justru itu cabaran membangunkan modal insan berkualiti melalui pendidikan terbilang sangat penting dan utama untuk bersaing dalam arus perdana dunia.

Justru itu SKK dan SBT merupakan satu mercu tanda pendidikan yang sangat penting bagi membangunkan  "good school to great school". Mesyuarat ini juga turut membentang dan membincangkan laporan prestasi kewangan SKK dan perancangan BPSBPSK dan JPN untuk tahun 2012. Pengarah BPSBPSK juga
sesuai dengan nama SKK maka beliau berharap segala perkara sama ada pimpinan sekolah, pengurusan persekolahan dan prestasi pencapaian akademik dan bidang kebitaraan mestilah juga sentiasa berada pada tahap terbaik. Tegas beliau jika SKK memperolehi audit berteguran ianya merupakan sesuatu yang "memalukan" atau kurang seronok.

Untuk Fasa akan datang  sebanyak 133 buah sekolah lagi akan memenuhi kuota SKK dan semua sekolah dalam negara yang memenuhi syarat dan piawaian berpeluang merebutnya. Pencalonan Fasa 6, JPN Negeri boleh menyenaraikan calon sekolah mulai Disember 2011 bagi Sekolah Rendah dan bulan Mac 2012 bagi Sekolah Menengah. Oleh yang demikian semua PPD boleh mengenalpasti sekolah-sekolah dalam daerah untuk pencalonan mulai sekarang. Begitu juga sekolah-sekolah yang pernah dicalon pada tahun ini tetapi tidak mendapat tempat boleh membuat persediaan dari sekarang. Urusetia di peringkat JPN akan menyelaras aktiviti dan program SKK sedia ada dan pencalonan SKK baru.



No comments:

Post a Comment