Menurut En. Azman, perubahan dalam pengurusan pendidikan khususnya telah berlaku dengan pesat dan pantas. Sehubungan dengan itu, kita perlu berubah menjadi pemimpin yang ada visi. Justru pentadbir sekolah perlu :
- jangan hanya bercakap sahaja tentang teknologi
- boleh mengguna pelbagai kemudahan ict untuk mencari maklumat
- mengamalkan pendidikan dan pengurusan secara online
- setiap orang murid ada setiap seorang komputer (didik tingkatkan penggunaan secara manafaat).BTPN sedang mengeluarkan buku panduan
- merancang penggunaan ict di sekolah
- visi dan budaya ict mesti dikongsi
Pada masa hadapan sistem pembelajaran akan berlaku perubahan pesat. Pelajar bukan lagi perlukan komputer tetapi belajar secara 1 to 1 e-learning. Pelajar pada masa depan sangat terbiasa dengan blog, skype, facebook dan lain-lain lagi. Pengurus sekolah juga perlu memahami jenis-jenis format fail yang disimpan agar mudah untuk "dipanggil" kembali. Tegasnya Pentadbir Sekolah wajib memahami, menguasai dan menggunakan ICT seoptima mungkin dalam pengurusan bukan sahaja untuk mempertingkatkan kecekapan tetapi membudayakan ICT sebagai alat dan sumber pembelajaran paling efektif ..
No comments:
Post a Comment